Cara Aceh laksana syariah

CG Sponsors




roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
METRO 02/01/10

DIA memakai topi keledar dan menunggang skuter di Banda Aceh, ibu negeri wilayah Aceh, Indonesia dengan mematuhi semua peraturan dan undang-undang.

Namun, Yuli masih ditahan polis syariah. Kesalahannya: memakai jeans ketat dan baju yang agak menjolok mata.

Gadis berusia 20 tahun itu hanya tunduk dan tidak membantah apabila ditegur pegawai lelaki yang menahannya.

"Saya berjanji akan berpakaian lebih sopan," kata Yuli, menyebabkan dia hanya diberi amaran oleh pegawai berkenaan.


Dalam masa sejam saja 18 wanita ditahan kerana berpakaian yang pada pandangan mata pasukan Wilayatul Hisbah itu mendedahkan terlalu banyak bahagian tubuh mereka.




Hanya tiga lelaki ditahan sepanjang tempoh itu kerana memakai seluar pendek.

"Kita terpaksa menghormati undang-undang syariah yang diluluskan kerajaan tempatan. Undang-undang itu mewajibkan wanita hanya boleh mendedahkan muka dan tapak tangan mereka," kata Komander Wilayatul Hisbah, Haji Marzuki.

Aceh yang terletak di bahagian paling hujung pulau Sumatera, kira-kira 1,000 kilometer ke barat laut Jakarta, adalah antara wilayah paling konservatif di Indonesia.

Sebahagian besar penduduk Islam di negara yang mempunyai jumlah populasi kira-kira 234 juta orang itu berfahaman sederhana dan moden.

Pada masa sama, Indonesia mengiktiraf lima agama rasmi termasuk Buddha dan Kristian.

Tetapi Aceh mempunyai autonomi khas dan satu daripada cara ia membezakan dirinya dengan wilayah lain di seluruh Indonesia ialah menerusi pelaksanaan undang-undang dan pembentukan pasukan Wilayatul Hisbah yang tugasnya untuk melaksanakan amal makruf nahi mungkar.

Pasukan itu dianggotai 1,500 kakitangan termasuk 60 wanita.

Bagaimanapun, tidak seperti di Arab Saudi, pasukan seumpama itu di Aceh tidak mencetuskan sebarang masalah dengan penduduk.

Anggotanya sentiasa kelihatan riang. Mereka tidak membawa senjata dan sering membebaskan pesalah dengan hanya memberi amaran.

"Matlamat kami bukan untuk menghukum. Kita perlu meyakinkan dan menjelaskan kepada penduduk mengenai peraturan undang-undang Islam," kata Iskander, ketua pasukan itu di Banda Aceh.

Dengan pangkat selaku ketua yang baru disandangnya kira-kira setahun lalu, dia mempunyai kuasa untuk mengarahkan hukuman rotan terhadap pesalah.

Sebelum ini, beberapa pesalah menjalani hukuman rotan di tempat awam sejak 2005 kerana minum arak, berjudi dan berzina.

Mereka yang bersetuju dengan Wilayatul Hisbah berkata, kewujudan pasukan itu memberi kesan terhadap kehidupan harian masyarakat.

"Mesej kami sudah tersebar dan ketika ini jenayah semakin berkurangan," kata pegawai kanan pasukan berkenaan, Syariffudin.

Menurutnya, kebanyakan mereka yang ditangkap di bawah undang-undang syariah adalah hasil maklumat daripada orang ramai termasuk penangkapan sekumpulan lelaki yang berjudi di sebuah kafe awal bulan ini.

Satu lagi kes yang ditangani Wilayatul Hisbah ialah berkenaan khalwat.

Pasangan kekasih muda atau lelaki dan wanita yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan perlu berhati-hati jika mahu bermadu kasih di tepi pantai.

"Anda perlu berwaspada jika mahu berpacaran," kata pelajar, Fira, yang baru berusia 17 tahun.

"Kami tahu bagaimana mahu mengelak daripada ditangkap. Lagi pun, jika ditangkap, kami hanya akan diberi nasihat dan kemudian dibebaskan," katanya.

Namun, keadaan mungkin berubah sedikit masa lagi apabila peraturan baru dikuatkuasakan termasuk yang membenarkan hukuman rejam dilaksanakan ke atas mereka yang didapati bersalah berzina dan hukuman sebat terhadap yang melakukan kegiatan seks sejenis.

Undang-undang itu akan ditandatangani kerajaan Aceh sedikit masa lagi.

Ia diluluskan Majlis Perundangan Aceh pada September lalu, tetapi kini dikaji semula dewan perhimpunan baru sebelum ditandatangani gabenor, Irwandi Yusuf.

Beberapa anggota Parlimen di Jakarta menyuarakan rasa tidak senang hati mereka terhadap hukuman itu yang boleh diisytihar tidak sah oleh Mahkamah Agung Indonesia.

Tetapi jika itu berlaku, ia akan membuka semula luka lama mengenai perjuangan rakyat Aceh untuk mendapatkan pemerintahan autonomi. -Agensi
 
Sponsored Post

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..syukur Aceah melaksanakan hukum Islam....Malaysia bila lagi ?????
 

lampor_2003

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
11,045
Reaction score
137
Points
123
Alhamdulillah..tepuk dada tanya Iman..
 

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
acheh dulu teruk di landa tsunami.. sekarang alhamdulillah dah berubah.. harap diorang tak tanam ganja lagi
 

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,541
Reaction score
475
Points
131
tak mau benda yang terlalu extream macam tu.
 

zkry

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 12, 2007
Messages
6,718
Reaction score
109
Points
78
Bila pulak negaraku Malaysia nak buat macam nihhh...:-?:-?
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
M'sia kene tunggu tsunami dtg dulu kot baru nk wat undang2 syariat..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register