BTC USD 83,089.9 Gold USD 4,164.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Capcom Di Godam Tetapi Tiada Data Pelanggan Di Percayai Dicuri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Syarikat pembangun terkemuka Capcom mendedahkan mereka telah digodam oleh pihak ketiga yang masih belum diketahui pada 2 November lalu. Penggodam dipercayai berjaya mengakses sistem emel dan fail syarikat. Sebagai langkah keselamatan Capcom mengehadkan rangkaian dalaman mereka bagi mengelakkan penyebaran aplikasi hasad.

Dalam kenyataan rasmi, Capcom berkata mereka tidak menjumpai sebarang bukti data pengguna telah berjaya diakses. Namun begitu godaman menyebabkan rangkaian permainan atas talian dan akses kepada laman yang menggunakan akaun Capcom.

Mereka memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan akibat serangan siber ini. Pada waktu ini Capcom sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas secepat mungkin.

Capcom-Home-Arcade-1114631.webp


Sumber asal http://www.capcom.co.jp/ir/english/news/html/e201104.html
 
Capcom Respon Terhadap Dakwaan Insiden Pencerobohan Data

Pada minggu lalu telah dilaporkan berlakunya insiden serangan ransomware ke syarikat pembangun dan penerbit permainan popular dari Jepun iaitu Capcom. Selepas 2 minggu insiden tersebut berlaku, Capcom hari ini telah respon menerusi kenyataan media. Capcom mengesahkan bahawa mereka telah menjadi mangsa kepada serangan ransomware yang direka khas sehingga menyebabkan sebahagian data peribadi telah diceroboh.

“Capcom Co., Ltd. (Capcom) announced that it has been the victim of a customized ransomware attack following unauthorized access to its network and has verified that some personal information maintained by the Capcom Group has been compromised.” Capcom.

Capcom menyatakan dipercayai sekitar 350,000 data peribadi pengguna mereka termasuklah data pelanggan, rakan bisnes dan lain-lain terjejas dengan serangan tersebut. Mereka memperincikan, data peribadi yang terjejas termasuklah nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, gambar, tarikh lahir dan maklumat jantina. Oleh itu, Capcom meminta supaya para pelanggan mereka berhati-hati jika mereka ada menerima sebarang pakej menerusi e-mel yang tidak diketahui sumbernya.

Pihak Capcom juag memaklumkan mereka kini sedang menyiasat perkara ini dengan pihak berkuasa dan akan meningkatkan lagi struktur pengurusan keselamatan data mereka. Mereka juga turut memohon maaf kepada para pelanggan mereka yang terjejas dengan insiden tersebut.

Sumber asal http://www.capcom.co.jp/ir/english/news/html/e201116.html
 
Back
Top
Log in Register