BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CAP gesa haramkan lolipop

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 9 Mac – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak.

Menurut beliau, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).

‘‘PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
bole sebabkn mutasi tu..xmen generation?hehe
 
dok suruh haram..suruh haram..tp lesen pengilang lepas jugak...
pegi la tekan tokey2 kilang/importer tu kalau nak buat betul
 
rasa2 makan skang nie byk bahan kimia..teruk perut kite bekerja
 
kita selama ni yang dok nyotnyot lolipop sejak kecil macam mana? adakah generasi seterusnya ada certain superpower? :))
 
sapa kata CAP kluarkan lesen

dah tu, apasal suruh dia yang pergi tekan pengeluar/pengimport?


lagi pun, lesen biasanya kan generic.

kalau dia boleh buat lolipop yang tak berbahaya, biar la.

denda dan penjara kalau kesalahan yang sekarang boleh dihukum macam tu.

kilang tu sendiri tak salah, mengeluarkan produk tu yang salah.

mungkin produk jenis tu belum dicover lagi dalam law. mungkin, aku tak tau.
 
benda yg budak2 suka..klu bahaya la,dari muda la kita 'diracuni'..
 
Back
Top
Log in Register