BTC USD 84,629.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cantiknya Dia

kancil biru

Legendary Member
gem
Messages
11,642
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,642
Reaction score
1,100
Points
191
Jika seorang lelaki memiliki isteri yang cantik, biasanya timbul perasaan ujub dan sombong.

Kemana-mana ketika jalan berdua, ia akan merasa bangga sehingga mendabik dada....

Lelaki itu akan berkata dalam hatinya, “emmm cantiknya isteri aku.” kemudian ia akan melirik-

lirik memperhatikan siapa saja yang memperhatikan isterinya. Semakin bangga dan seronok

ketika isteri banyak diperhatikan orang dengan kagum dan terpesona oleh orang lain.

Bagaikan boneka cantik, kemana pun ia pergi, siisteri akan dibawa, dengan rasa bangganya.

ia akan tunjukkan pada kenalannya dalam setiap pertemuan atau pesta. Seakan-akan ketika

itu ia berkata, “ini dia isteriku, cantik ‘kan? Kalau cari isteri seperti isteri aku.
ada class gitu.


Dia tak tahu bahawa isteri cantik adalah ujian yang berat. Lebih-lebih jika wajah suami tidak kacak.

Isteri pasti selalu mendapat bisikan syaitan, “sayakan cantik, saya mudah mendapatkan lelaki

tampan dan kaya, apa lagi suami yang ada kekurangan dan tidak mampu memenuhi segala

keinginannya dari segi material, akan terlintas rasa penyelasalan, dan juga sekiranya suami itu

merupakan pilihan keluarga. Akhirnya pelbagai kelemahan dan keburukan akan dicari. Apatah

lagi sekiranya terjumpa lelaki yang lebih mempesonakannya. Isteri akan mulai melayani suami


dengan setengah hati ( tanpa sepenuh jiwa). Yang mana akhirnya suami diperlakukan seperti

budak suruhan .Permintaan cerai tidak mustahil terlontar dari siisteri cantik ini.




Sekiranya kita lihat keadaan sekarang ada isteri yang berlaku curang, mempunyai kekasih

gelap yang lebih menjijikan membuat hubungan terlarang dengan lelaki lain. Mereka begitu

senang mempunyai kekasih gelap malah ada yang terang-terang melakukannya tanpa rasa

malu atau bersalah. Cuba bayangkan sebagai seorang islam, adakah sanggup bermaian,

menyentuh dan memakan daging **** dengan sengaja dan terang-terang?....



Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

“Janganlah kalian menikahi wanita hanya kerana kecantikannya semata-mata , boleh jadi

kecantikannya itu akan membawa kehancuran”
(HR Abu Dawud dan Tirmidzi).

"Jauhi oleh kalian rumput hijau yang berada di tempat yang kotor. 'Mereka bertanya,

'Apa yang dimaksud rumput hijau yang berada di tempat yang kotor itu, wahai Rasulullah?'

Beliau menjawab, 'Yaitu wanita yang sangat cantik yang tumbuh (berkembang) di tempat yang tidak baik."

(HR ad-Daruquthni, Askari dan Ibnu Adi).
 
“Janganlah kalian menikahi wanita hanya kerana kecantikannya semata-mata ,
boleh jadi kecantikannya itu akan membawa kehancuran”
(HR Abu Dawud dan Tirmidzi).
 
erm btul gak tu
sbb tu kdg2 tgk pmpn cantik comel ni
ada 2 pndgn
satu suka satu takut ditinggalkan
kebanyakan pmpn yg single sbb terlalu cantik kan?
 
ujian yang berat.....sebab itu perempuan(yg cantik) kena pakai jilbab. :)
pembetulan!

semua perempuan tak kira cantik atau hodoh wajib menutup auratnya, tiada pengecualian

jadi kena tahu la maksud apa itu aurat dengan tepat pasal ini melibatkan benda wajib dan hukum
 
erm btul gak tu
sbb tu kdg2 tgk pmpn cantik comel ni
ada 2 pndgn
satu suka satu takut ditinggalkan
kebanyakan pmpn yg single sbb terlalu cantik kan?

ada betul n ada salah..selalunya kalau perempuan cantik aku nak tekel mesti da ada balak..:((
 
pembetulan!

semua perempuan tak kira cantik atau hodoh wajib menutup auratnya, tiada pengecualian

jadi kena tahu la maksud apa itu aurat dengan tepat pasal ini melibatkan benda wajib dan hukum

Fitrah Allah jadikan perempuan cantik itu hiasan dunia,
yg menjadi tarikan kepada lelaki

perempuan hodoh tue maksudnyer camner... :-?
 
Fitrah Allah jadikan perempuan cantik itu hiasan dunia,
yg menjadi tarikan kepada lelaki

perempuan hodoh tue maksudnyer camner... :-?

hodoh di mata kita x semestinya hodoh di mata org lain..sbb tu kat kedai bnyak pilihan lauk sbb citarasa org berbeza..kdg2 cntik hodoh x leh dinilai melalui paras rupa,kdg2 dgn prangai baik scra automatik seseorg tu akn nmpak cantik..cnthnya crita indon muka cntik wat watak jahat,kite still bengang benci wlwpun die cntik hee..apepun,tepuk dada tanya slera:D
 
Back
Top
Log in Register