BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Canon Bakal Hadir Dengan Penawaran Alternatif DJI Osmo Pro Tersendiri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Canon merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena fotografi. Menariknya, terbaru Canon dilihat telah melakukan pendaftaran paten untuk sebuah produk – yang dilihat menawarkan produk gimbal seumpama DJI Osmo Pro. Daripada gambar paten yang didaftarkan, Canon dilihat menggunakan panel paparan yang sedikit besar berbanding yang lain dipasaran, selain alat kawalan dan juga lensa yang boleh digantikan.

Dengan permintaan tinggi dalam merakamkan video bersama penstabilan, permintaan untuk produk ini semakin meningkat dari hari ke hari. Apatah lagi dengan ledakan arena media sosial, ramai yang mendokumenkan gerakan dan kehidupan seharian. Buat masa ini, ia hanya sekadar pemfailan paten sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada Canon akan memperkenalkan produk ini secara rasminya atau tidak.

Canon-Gimbal-950x602.jpeg.webp

Sumber asal https://dronedj.com/2020/12/28/canon-could-be-working-on-dji-osmo-pro-alternative-shows-patent/
 
Back
Top
Log in Register