Kerolz
Active Member
- Messages
- 1,230
- Joined
- Dec 23, 2007
- Messages
- 1,230
- Reaction score
- 0
- Points
- 20
"Mak...!!! Mak...!!! Tengok ni mak...!!!!!"
candlelight berlari tercungap- cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, candlelight terus melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu.
"Mak...!!! Mak...!!!!"
candlelight masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur.Mendapatk an emaknya. Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu.Tercungap- cungap bagaikan dikejar harimau.
"Kenapa ni candlelight?" Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan candlelight.
"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak candlelight dah tumbuh mak....tengok ni mak... heheh ehehe..." candlelight mengangkat tangan kirinya dengan bangga dan menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci panjangnya.
"Hish...ko ni candlelight. Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu.... pergi mandi cepat. Makanan pun dah siap ni." candlelight ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dalam hatinya dia menyanyi nyanyi riang.... 'Yeah...yeah... dah tumbuh...bulu ketiak aku dah tumbuh...yeah yeah...' candlelight gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit conditioner. Selepas mandi candlelight membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya juga. Sayang sungguh candlelight dengan bulu ketiaknya. Dijaganya seperti menatang minyak yang penuh. Malam itu tak lena tidur candlelight. Dibelai- belainya bulu ketiak itu. Tak sabar candlelight menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah. Tak sabar candlelight nak ceritakan pada kawan-kawannya. Sampai di sekolah, tanpa membuang masa candlelight memberitahu kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak candlelight. Kawan-kawan candlelight tak ada bulu ketiak sepertinya.
Cikgu sedben, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap.
"Selamat pagi cikgu..!" Kata princesskhan, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain.
"Selamat pagi cikgu...!!"
"Selamat pagi pagi murid-murid." Cikgu sedben menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu sedben berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya. 'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu sedben.
" Baik....dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang. Kamben ker, adik kamu ker, tak kira la... apa-apa saja." Selepas memberi arahan, Cikgu sedben kembali menuju ke mejanya. Duduk di kerusi. Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yang disuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. candlelight pun turut berbuat begitu. candlelight dengan rasa teruja mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya.
'Bulu ketiak saya. Nama saya Mohd candlelight bin mynemokembali. Umur saya 9 tahun. Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah. Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya kagum dengan kelebatan bulu ketiak ayah saya. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiak saya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban ayam. Tunggu ayam bertelur. Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya sayang bulu ketiak saya'.
Berita candlelight tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah. Cikgu-cikgu candlelight pun ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti candlelight dah tumbuh bulu ketiak.
Habis sekolah, candlelight berjalan pulang ke rumah. candlelight puas hati dengan persekolahannya hari itu. candlelight sayang sekolahnya. candlelight sayang kawan-kawan dan cikgunya.
Dalam perjalanan, tiba di satu lorong,candlelight nampak ada 3 orang menghalang jalan. candlelight kenal mereka. Murid-murid darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah.
"candlelight mari sini..!!" Salah seorang dari mereka memanggil candlelight. "Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh... mari la...tunjuk..!! . Kami nak tengok..!!" candlelight diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. candlelight takut. candlelight diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah candlelight. Mereka menerkam candlelight. candlelight cuba lari. Tapi tak berjaya. candlelight ditangkap mereka. candlelight meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan candlelight. Baju candlelight dibuka mereka. "Jangan la... jangan...jangan ..!!!" candlelight menjerit. Dia terus meronta-ronta sambil menangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu ketiak candlelight. Mereka ketawa.... "Hahahahahaha.. .!!" "Mari....mari.. !! Sapa nak tengok bulu ketiakcandlelight..!! Lelong....lelon g..!!! Sapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!! "Hahahahahaha.. ..!!!! Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuli candlelight. candlelight menangis. Terbaring candlelight keletihan. Lemah longlai tubuhnya. Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan. candlelight meraba ketiaknya. Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak berperikemanusi an. candlelight sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan candlelight menangis.
" Huwaaaaa.....!! !!!!!!"" Huwaaaaa.....!! !!!!!!' Selepas kejadian itu candlelight langsung tak mahu pergi ke sekolah. candlelight tak mahu pergi ke mana-manapun. candlelight sedih. Selera makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu sedben pun datang melawat candlelight. "Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu." "Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak candlelight tu." "Esok pergi sekolah yer..." Cikgu sedben cuba memujuk candlelight. candlelight mengangguk- anggukkan kepalanya. Kesedihan candlelight mula reda.
Tapi tetap timbul persoalan di hatinya.....Men gapa ada orang iri hati? ....Mengapa ada orang dengki melihat kelebihannya? ... Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa. Apa salah candlelight?
P/s:cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada....

Last edited: