BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Campak kaki bapa luar rumah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA NERANG: Hanya selepas seorang jiran memukul tangannya dengan sebatang kayu, barulah lelaki yang menetak bapanya berhenti daripada terus menyerang mangsa dalam kejadian amuk di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak, di sini, kelmarin.

Mohd Khairul Shamsudin, 28, berkata ketika kejadian dia tidur di rumahnya yang terletak kira kira 100 meter dari lokasi kejadian sementara menunggu waktu berbuka puasa sebelum terdengar suara orang menjerit dan bergaduh.
Mohd Khairul berkata, dia bergegas ke rumah jirannya sebelum terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah di lantai rumah berkenaan dengan kedua-dua tangan terkulai dan kaki terputus.

“Suspek yang duduk setentang dengan bapanya kemudian mengangkat parang cuba melibas leher mangsa terbaring di lantai rumah.


“Tetapi, saya sempat memukul tangan suspek dengan sebatang kayu yang dicapai di kawasan berhampiran menyebabkannya mengerang kesakitan dan membatalkan niat terus menetak bapanya lalu berundur ke belakang sambil parang digenggam kemas,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Campakkakibapaluarrumah/Article
 
adoi..ni orang ke binate ni??
bapak sndiri pun ditetaknya..
 
tah ape sebab dia pun kita tak pasti. moga2 pergaduhan tu berakhir dengan baik dan tenang.
 
camne ayah nak teruskan hidup.. kaki ayah dah takde pasni..

minta maaf camtu je raya nanti? ke camne?
 
Back
Top
Log in Register