ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Beng Chuan (dua, kanan) dan Yeoh (dua, kiri) memegang replika kad Journey Caltex yang dilancarkan, semalam.
CHEVRON Malaysia Limited menyasarkan pertambahan 100 stesen minyak Caltex baharu di seluruh Semenanjung Malaysia bagi mencapai sasaran 522 stesen menjelang akhir tahun depan.
Pengerusi Negara bagi Chevron Malaysia Oh Beng Chuan berkata, setiap stesen minyak baharu itu membabitkan kos antara RM1.5 juta dan RM2.5 juta bergantung kepada keluasan stesen dan lokasinya.
“Buat masa ini, kami akan menambah stesen minyak di seluruh Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak melibatkan Sabah dan Sarawak.
"Sebanyak 100 stesen minyak itu akan dibina di Lembah Klang, di pantai Timur dan selatan tanah air,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kad kesetiaan Caltex Journey di Kuala Lumpur, semalam.
Beng Chuan berkata, sehingga kini, Caltex yang telah beroperasi di Malaysia sejak 76 tahun lalu memiliki 422 stesen di seluruh semenanjung.
Mengulas mengenai kad kesetiaan Caltex Journey, Beng Chuan berkata, pihaknya bekerjasama dengan Bloyalty Sdn Bhd (BCard) untuk memberikan penghargaan kepada pengguna yang menambah petrol di stesen Caltex dan cawangan rakan kongsi BCard.
“Ahli kad kesetiaan Journey boleh mendapat dan menebus Bpoints dengan hanya menunjukkan kad itu di kaunter pembayaran semasa membayar petrol,” katanya.
Sementara itu, Pengarah BLoyalty Gary Yeoh berkata, selain di Caltex, pemegang kad itu akan memperoleh pelbagai manfaat kerana dapat menggunakannya di 1,200 cawangan BCard antaranya laman membeli-belah dalam talian Lazada dan Zalora serta kedai minuman Starbucks dan Chatime.