BTC USD 81,038.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man United Calon Sporting Director MU

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
FB_IMG_1700214023631.jpg

FB_IMG_1700214026379.jpg

FB_IMG_1700214029084.jpg

FB_IMG_1700214031287.jpg


[ G.E.M.U.K - Calon Sporting Director MU ]

🚨 Andrea Berta (Atletico Madrid) – memegang jawatan Sporting Director Atletico Madrid sejak 2017-kini.

Antara transfer pemain popular:
•Jose Maria Gimenez
•David Villa
•Antoinne Griezmann
•Jan Oblak
•Diogo Jota (Liverpool)
•Rodri (Man City)
•Joao Felix
•Rodrigo De Paul (Bodyguard Messi📏)

🚨 Dougie Freedman (Crystal Palace) – di-recommend Sir Alex sebab dia Scottish, kawan dan jiran Atuk semasa di Cheshire dulu.

Antara transfer pemain popular:
•Eberechi Eze
•Marc Guehi
•Joachim Andersen
•Michael Olise

🚨 Lee Congerton (Atalanta) – pernah pegang jawatan assistant manager Liverpool (2002-2005),Technical Director Hamburg, Sporting Director Sunderland, Chief Scout Chelsea, Celtic Leicester.

🚨 Paolo Maldini & Ricky Massara (A.C Milan)
– Duo ini dipecat oleh pemilik AC Milan, Cardinale, sebuah konsortium dari Amerika Syarikat musim panas lalu. Membuat 34 pembelian sejak 2019-Januari 2023.

Antara transfer pemain popular:
•Brahim Diaz
•Sandro Tonali
•Diogo Dalot (Loan)
•Mike Maignan
•Olivier Giroud
•Zlatan Ibrahimovic
•Divock Origi

Ini adalah senarai 4 calon yang dipertimbangkan oleh Sir Jim Ratcliffe selain Paul Mitchell.

#GM08

#WeAreGEMUKers #ManchesterUnited #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1700225884344.jpg


[ G.E.M.U.K - New Sporting Director ]

John Murtough menjadi Pengarah Sukan pertama kelab Man United pada 2021. Jawatan yang baru ditubuhkan di MU sementara pasukan rival yang lain sudahpun ada jawatan itu.

Murtough telah menandatangani Jadon Sancho, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo sebelum ketibaan Erik ten Hag (Signing Ten Hag semua dia uruskan).

Timbul khabar angin bahawa Murtough akan dipecat selepas Richard Arnold. Ini selepas Sir Jim Ratcliffe mahu lakukan ‘pembersihan’ yang radikal dan kejam.

KENAPA RATCLIFFE MAHU PECAT MURTOUGH?

Sir Jim Ratcliffe merasakan pasukan rekrutmen Man United perlu di-overhaul kerana rekrutmen pemain yang lemah.

Dia pelik bagaimana United membelanjakan £1.4 Biliyun (dibaca seperti PMX) sejak Sir Alex Ferguson bersara tetapi hanya memenangi Piala FA, 2 Piala Liga, dan Europa League sahaja.

Ratcliffe merancang untuk membangunkan operasi bolasepak versinya di United, dengan bekas pengarah lumba basikal British, Sir Dave Brailsford sebagai peranan utama.

Sejak Murtough dilantik, United telah terlepas pemain berkelas dunia seperti Erling Haaland, Harry Kane dan Declan Rice.

Ratcliffe mahu tahu macam mana Man United boleh terlepas pemain kelas dunia dan mengapa Man United membazir duit yang sangat banyak beli pemain yang tidak cukup bagus.

New Era of INEOS.

.

.

🗞️ Goal.com , The Mirror

#GM08

#WeAreGEMUKers #ManchesterUnited #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1700495554319.jpg


[ BMU - Informasi Semasa ]

Manchester Evening News (MEN) melaporkan bahawa Pengarah bola sepak Manchester United, John Murtough akan digantikan sebaik sahaja proses pengambilalihan oleh Sir Jim Ratcliffe berjaya dilakukan.

Umum sedia maklum pada minggu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Richard Arnold akan berundur daripada jawatannya selepas 16 tahun di kelab itu dan laporan yang dikeluarkan oleh MEN menyebut kini Murtough juga bakal menerima nasib yang sama. Alasan di sebalik tindakan drastik itu ialah Ratcliffe mahukan nama baharu untuk mengelola bahagian bola sepak United.

Di sisi lain, Ratcliffe telah pun membuat pertemuan secara maya dengan pengerusi bersama United, Joel Glazer bagi membincangkan mengenai kemungkinan berlaku beberapa perubahan dalam pengurusan bola sepak United. Bukan itu sahaja, malah pengarah sukan INEOS, Sir Dave Brailsford turut telah melawat kompleks latihan United kebelakangan ini untuk memastikan mereka dapat bermula dengan baik sejurus selepas pengambilalihan telah disahkan.

Murtough telah berada di United selama hampir 10 tahun selepas menyertai kelab itu pada Januari 2014. Dia dilantik sebagai pengarah bola sepak oleh bekas naib pengerusi eksekutif ketika itu, Ed Woodward pada Mac 2021.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
Back
Top
Log in Register