BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Calon PH Kapayan Terus Komitmen Libat Akar Umbi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,608
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,608
Reaction score
323
Points
141
2b740591cc65b2d8bd85f14a59bf22ec6919acc24a198

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kapayan Datuk Jannie Lasimbang meneruskan tinjauan mesra pada hari pertama kempen Pilihan Raya Negeri PRN Sabah ke-17 di Kapayan Square untuk bertemu peniaga, keluarga dan pemilik perniagaan setempat.

Turut hadir memberikan sokongan -- Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong serta calon N19 Likas Ginger Phoong.


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kapayan Datuk Jannie Lasimbang meneruskan tinjauan mesra hari ini, sebagai manifestasi komitmen berterusan beliau terhadap penglibatan akar umbi.

Beliau bermula di Kapayan Square untuk bertemu peniaga, keluarga dan pemilik perniagaan setempat.

“Turut hadir memberikan sokongan kuat ialah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong serta calon N19 Likas Ginger Phoong,” menurut kenyataan dikeluarkan PH hari ini.

Jannie seterusnya ke Kg Ganang untuk sesi ceramah dan dialog dengan penduduk serta dijadualkan menghadiri makan malam bersama-sama Loke di ITCC Grand Ballroom selepas itu.

Jannie, penyandang DUN Kapayan berdepan persaingan 12 penjuru dalam usaha mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 29 Nov manakala pengundian awal pada 25 Nov.

Untuk berita terkini tentang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php

 
Back
Top
Log in Register