BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Calon Pas wajib bai'ah - hadi

hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,471
Points
251
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan setiap calon Pas diwajibkan bai'ah kerana ia menjadi sebahagian daripada rukun politik Islam.

Menurutnya, politik yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan perintah ALLAH daripada al-Quran.

"Para ulama dan ilmuan Islam yang setia dan beramanah mewarisi cara pelaksanaan Rasulullah S.A.W, menetapkan ketaatan (kepatuhan) dan wala (kesetiaan) mutlak kepada ALLAH dan Rasul.

"(Ini) yang menjadi aqidah perjuangannya sehingga ketaatan rakyat terhadap pemimpinnya bersyaratkan tidak menderhakai perintah ALLAH dan Rasul.

"Ini berbeza dengan kalangan yang memperkecilkan baiah sehingga boleh melakukan apa sahaja," kata Ahli Parlimen Marang itu dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain itu, dikaitkan bai'ah dengan iman atau akidah beriman kepada ALLAH dan hari akhirat supaya melaksanakan konsep adil terhadap masyakat majmuk yang berbilang bangsa, agama dan sikap terhadap kerajaan.

Pemimpin Pas itu berkata, perlu adil terhadap seluruh rakyat tanpa mengira penyokong kerajaan atau pembangkang kerana semuanya adalah sebahagian daripada negara.

"Rasulullah S.A.W melakukan bai'ah apabila memerintah negara, dan dikuti oleh pemerintah Islam dan parti Islam yang menyambung perjuangannya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, setiap calon Pas beragama Islam sebelum berbai'ah, terlebih dahulu perlu diluluskan Majlis Syura Ulama secara jamaie selepas diketahui peribadinya secara terperinci daripada semua sumber maklumat sekadar kemampuan.

Menurutnya, kenyataan di Parlimen juga menyebut bahawa kerajaan Pas di Kelantan yang paling lama memerintah, bersih daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ini menunjukkan kejayaan aspek tarbiah dan bai'ah dalam membina jati diri dan syakhsiah pemimpin kerajaannya," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/calon-pas-wajib-bai-ah-1.809719
 
Saya menyokong penuh kenyataan hjhadi..
 
setia dan patuh tu bagus sebenarnya tapi tak boleh la setia membuta tuli..

kalau dulu parti tu menentang UMNO, tapi sekarang dah jadi mesra UMNO, jangan sokonglah..
 
setia dan patuh tu bagus sebenarnya tapi tak boleh la setia membuta tuli..

kalau dulu parti tu menentang UMNO, tapi sekarang dah jadi mesra UMNO, jangan sokonglah..

Mesra atas perkara yang menguntungkan rakyat dan agama apa masalahnya..

Lainlah satu lagi gabungan tu.. Kalau dulu parti2 dalam gabungan tu beria2 menentang kekjaman dan penyelewengan mahathir sampai berjanji nak penjarakan mahathir kalau menang, tapi sekarang julang pulak sambil menjilat ludah masing2.. Sendiri mau fikirlah..

Takkan nak sokong lagi? Ditambah pulak pemimpin2 dalam gabungan tu sendiri, rasuah dan penyelewengan dah sama hebat dengan kerajaan yang ada sekarang.. Mungkin berkat didikan mentor pemimpin yang dulunya nak dihumban dalam jel tapi x jadi. :))
 
aku dulu sokong jugak sambil2 jenguk2 parti oren tu...bila parti oren ni menyokong umat islam supaya boleh murtab..adesh...yang ni no kompromi..golongan profesional la sangat..betul2 lembu kepada DAP..

padangan daripada:
daripada keow tiew hensem..
 
sejak bila menyokong umat islam supaya boleh murtad ?

klo rujuk thread kes kt sarawak mmg xda kaitan langsung dgn sokongan supaya umat islam boleh murtad..
 
dulu ada baiah talak tiga, sekarang dah takde...

boleh ke macam tu, berubah-ubah
 
Back
Top
Log in Register