BTC USD 86,592.4 Gold USD 4,156.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

cali / charlie

lilbee

Active+ Member
Messages
4,801
Joined
Nov 13, 2009
Messages
4,801
Reaction score
10
Points
25
salam all..
aku bukak thread ni sebab aku teringat time aku study kat uitm penang dulu student2 termasukla diri aku sendiri selalu sangat jadi mangsa menatang cali ni..kalau bangun tido, pastu tengok kat badan dah ada merah2 macam melepuh, kompem kena cali la tu..perkara normal kalo pegi kelas tetiba ada student 'buat best' pakai spek itam even kelas malam..tau dah mata dia kena cali..hehe..
kat sini aku ada info sikit pasal encik cali / charlie ni..


Nama Am : Kumbang Rove
Nama Saintifik
Class : Insecta
Order : Coleoptera
Famili : Staphylinidae
Spesies : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies

Morfologi
Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.

rove1.jpg


Habitat Dan Tabiat Pemakanan
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.


Kesan Pada Manusia
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

boy.jpg



Nasihat Kepada Penduduk Yang Dijangkiti
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

bisa cali ni sangat bahaya..kalo dia berjalan atas tangan pun, akan ada segaris macam melepuh..pastu gatal2..berair..kalo kita pegang tempat kena bisa tu, pastu tonyoh mata, sure bengkak la mata..pastu kalo kena tempat macam belakang betis, kalo kita selalu bersila, melepuh tu akan cop kat belakang peha pulak..

aku n kawan2 dulu kalo nampak je menatang ni, kitorang akan curah dia dengan minyak cap kapak..takleh bunuh dengan cara penyek..nanti bau dia akan attract lagi banyak cali n takut bisa dia tersebar..tuang minyak cap kapak(minyak gamat pun buleh gak cuma lambat mati sikit)..pastu selotape kan dia..biar beberapa hari..pastu baru buang..

kalo kena cali, aku malas pegi klinik uitm tu amek ubat..nanti doc bagi krim macam krim gatal tu..makin berair la dia..cara aku, baru je start kena..baru merah2 gitu, aku tuang bedak talkum banyak2..tak bagi area tu lembap..agak berkesan la..


setahu aku, cali ni ada kat area sawah padi..kat utara je..biasanya dia tertarik dengan kawasan yang banyak lampu..sebab tu kampus selalu kena serang..if korang nak share pasal cali ni, sangatlah dialu-alukan..dan kalo dah ada thread ni, mintak maaf banyak2 la ye..buleh di delete..sekian..
 
x pernah nampak lak aku menatang nih hehe
 
huh.. menarik nie TT..
nice share..
 
kalau kena efek melepuh tu tak sakit kan?
aku penah kena dulu skali
tak perasan langsung sampai ada member tegoq
aku dok tingkat 17 pon dia bule cari lagi
 
ridsect la jawapnye
 
ades... patut la kekadang kat tangan den ade kesan calar2 dan kadang merah jugak dada den bile bangun tidur.. ingatkan kene frenchkiss mase tido.. sekali menatang ni ye.. :((
 
awek ak kt usm penah kne menatang charlie ni..
xde ke cara nk halau menatang ni??
 
kalau kena efek melepuh tu tak sakit kan?
aku penah kena dulu skali
tak perasan langsung sampai ada member tegoq
aku dok tingkat 17 pon dia bule cari lagi

kalo sikit tak sakit pun..cuma gatai2 je..
member aku kena penuh peha..rasanya masa benda tu merayap, dia pi garu kot..so bisa dia merebak la..kesian..seminggu tak pi kelas..pakai kain batik je..dia kata sakit macam terbakar..
 
awek ak kt usm penah kne menatang charlie ni..
xde ke cara nk halau menatang ni??

dia tertarik dengan lampu..so minimumkan penggunaan lampu..sebelum gelap, tutup semua tingkap..
 
Back
Top
Log in Register