balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
GELANG PATAH – Kerajaan akan mengenakan caj sebanyak RM20 bagi pendaftaran Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) dari Singapura ke Malaysia untuk tempoh lima tahun seiring pelaksanaan caj jalan (RC) sebanyak RM10 bagi kenderaan persendirian Singapura setiap kali memasuki sempadan negara ini pada 1 September ini.
Timbalan Kementerian Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pendaftaran VEP akan dibuka kepada pemilik kenderaan Singapura pada 15 Ogos ini dan menetapkan sebulan sebagai tempoh percubaan sebelum caj RC dikutip bermula 1 Oktober ini.
“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjadi badan utama menguruskan pendaftaran VEP yang boleh dilakukan secara atas talian. JPJ juga akan membuka kaunter-kaunter pendaftaran manual berhampiran dengan dua pintu masuk ke Malaysia di Johor Bahru.
“Peraturan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan oleh kerajaan dalam meningkatkan pengawasan dan kawalan di sempadan selain pengumpulan data kenderaan asing yang memasuki Malaysia,” katanya di Kompleks Sultan Abu Bakar di sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm