BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan meneruskan hidup di kl

nak dapat rumah sewa payah bagi lelaki betol dah tu.

sewa bilik kalu bujang ni. kalu berani sewa rumah bagi sewa bilik kat member2.

nak hidup dekat kota batu kena jaga apa nak tahu?

kawan.
makan.
wanita.
kereta/motor

silap pilih kopak ko punya poket

betul..kalo bole duk KL ni, bia la jdik kedek & anti sosial..slmt poket awal smpi ujung bulan..
 
betul..kalo bole duk KL ni, bia la jdik kedek & anti sosial..slmt poket awal smpi ujung bulan..

makan roti gardener sbg breakfast, nasi lemak ekonomi dan masak sendiri nasi serta telur goreng, sardin, maggi sbg makanan ruji di rumah. boleh la jimat sambil plan utk menikah :)
 
Kalau dah sampai GH,makan tak problem...kantin dia murah harga makan,Chow kit pun dekat,roti canai sedap sedap...depan Quarters HKL pun banyak gerai org niaga...ada nasik kukus,nasik campur dll...

Kalau tak dapat sewa kat Plaza RAH Kampung Baru atau Flet Kampung Baru,sewa atas rumah kedai belakang MMA Jalan Pahang pun ada kalau nasib...jalan kaki jer pergi kerja...
 
makan roti gardener sbg breakfast, nasi lemak ekonomi dan masak sendiri nasi serta telur goreng, sardin, maggi sbg makanan ruji di rumah. boleh la jimat sambil plan utk menikah :)

:)cgrock:)cgrock:)cgrock
betul tu bro..
zaman bujang dlu nyewa kt Kampung Pasir, Pantai Dalam..
duk umah panjang, masak sdiri..mmg jimat..kikiki..
ulang alik kje kt bangsar nek moto..hari2 mencilok..
hahaha..
 
teringat masa mula2 dulu dtg KL..keja gaji rm364 sebulan... Alhamdulillah...bersyukur dgn apa yg ada membuatkan aku dpt teruskan hidup di kotaraya yang mencabar nih
 
Kalau akulah bro orang luar aku takkan duduk KL ni, orang ramai, sesak, udara tak bersih. Aku lebih suka hidup kat kampung2 kalau ada tanah lagi bagus boleh usahakan. Bercucuk tanam, menternak, macam2 lagilah. Yang diperlukan adalah kerajinan dan keberanian. Banyak member2 aku orang luar KL mereka meniaga hantar buah2an, sayur, ayam dari luar ke KL. Mereka mengatakan bahawa mereka tak faham dengan orang2 luar KL yg datang KL lepas susah ashik complain aje sebab kat luar KL pun banyak kerja yg boleh dibuat itu pun kalau nak. Kalau nak complain aje susahlah memanjang. Aku ni memang asal KL dari Sentul dah 6 keturunan memang atok moyang aku yg bukak kampung kat situ. Kalau time raya jeles aku tengok orang balik kampung aku terpaksa raya kat KL. Dapat Isteri walaupun orang luar KL tetapi dah menetap kat KL sebab parents nya dah meninggal. Ada sesiapa2 yg nak offer kampung dia kat aku?
 
untuk makluman.... kos sara hidup di KL lebih murah berbandar di negeri lain... kecuali tempat tinggal (rumah sewa)..

barang2 keperluan semua boleh dpt murah2... tak kira la brg basah ke... periuk belanga ke... perabot ke... baju ke... service kereta ke...
boleh dikatakan semuanya murah berbanding di tempat lain....

tp... paling aku menyampaht... jalan raya sesak... jem...
 
mana p TT ni senyap je dah...
dah dpt ke rumah kat KL ni
ke dah lari balik kg x thn duk KL
aloo TT...update ler
 
sewa bilik mahal, dulu masa stadi rm400 dekat vista angkasa...try la cari kat situ
 
Back
Top
Log in Register