BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cabut lari hanya berseluar dalam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Sebahagian Pati yang ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Negeri Perak di lima lokasi.
< 1 / 1 >
IPOH - Disebabkan panik dan bimbang ditahan pihak berkuasa, seorang lelaki warga Indonesia melarikan diri dengan hanya memakai seluar ketika diserbu sepasukan anggota Jabatan Imigresen Negeri di sebuah rumah kongsi di Simpang Pulai, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 30-an itu antara 64 orang yang diperiksa dalam operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) membabitkan 21 pegawai dan anggota Imigresen negeri di lokasi terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (Kanan) negeri, Rosley Abu Seman berkata, operasi itu adalah sebahagian daripada Ops Ikrar yang dijalankan pada Isnin dan Selasa lalu, melibatkan lima lokasi di negeri ini.

Menurutnya, sasaran operasi berkenaan tertumpu pada tapak kongsi pembinaan, premis perniagaan barang lusuh dan kediaman.

“Daripada 64 individu yang diperiksa, 33 orang ditahan untuk tindakan lanjut kerana tidak mematuhi peraturan Jabatan Imigresen.

“Mereka yang ditahan berusia 20 hingga 50 tahun terdiri daripada warga Indonesia, Vietnam, Myanmar, Nepal dan Bangladesh," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dilakukan adalah tiada pas sah, tinggal lebih masa, menggunakan pas palsu dan salah guna pas lawatan yang diberikan mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihak Imigresen turut menahan seorang warga tempatan atas kesalahan mengikut Seksyen 55B (1) kerana mengambil pekerja yang tidak memiliki pas sah.

“Selain itu, seorang lelaki bertaraf penduduk tetap ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) iaitu memberi perlindungan terhadap warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959,” katanya.

Rosley berkata, kesemua warga asing terbabit dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut.
 
Lebih baik lari berseluar dalam dr masuk ke dalam..
 
Back
Top
Log in Register