balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
PETALING JAYA – Keluarga kepada jurulatih pengakap yang dituduh mencabul pelajarnya mahu mereka yang bertanggungjawab membuat tohmahan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari atau kes dibawa ke mahkamah.
Isteri jurulatih terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ho, 40, berkata kelima-lima pelajar perempuan yang dikatakan dicabul oleh suaminya telah meminta maaf kepada anaknya dan mengakui dipaksa untuk berbuat demikian.
“Saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara terbaru ini dan saya berharap mereka yang terlibat membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari jika tidak saya akan membawa perkara ini ke mahkamah,”katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor semalam.
Menurutnya tohmahan yang dibuat menerusi media juga menyebabkan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengarahkan ketiga-tiga anak perempuannya menjalani pemeriksaan di hospital.
“Mereka tidak tahu apa-apa tiba mereka terpaksa jalani pemeriksaan gara-gara berita di dalam akhbar yang memberitahu ayahnya mencabul kehormatan anak sendiri namun hasil pemeriksaan dakwaan itu tidak berasas,”katanya
Sementara itu Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Theng Book berkata pihak kesal terhadap pihak yang melemparkan tuduhan kepada jurulatih itu sedangkan mahkamah belum membuktikan ia bersalah.
“Selagi belum ada keputusan jurulatih berada di pihak yang benar dan akibat kejadian ini juga keahlian pengakapnya digantung buat sementara waktu,”katanya.
Tambahnya, jika benar jurulatih ini melakukan perkara tidak senonoh mengapa selepas enam bulan laporan polis baru hendak dibuat.
Laporan akhbar 16 Februari lalu melaporkan jurulatih berkenaan didakwa mengambil kesempatan mencabul kehormatan pelajar perempuan ketika sesi latihan kawad dan di dalam bilik persatuan.
Setakat ini lima laporan dibuat berhubung dakwaan jurulatih berkenaan mencabul kehormatan pelajar di sekolah berkenaan.
sumber:http://www.carigold.com/portal/forums/newthread.php?do=newthread&f=72