BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cabul gadis dalam bangsal

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.gif


KUALA TERENGGANU - Lima sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana didakwa mencabul kehormatan seorang gadis, empat tahun lalu.

Bagaimanapun, kelima-lima mereka iaitu Muhammad Amirul Talib, 22; Mohd Afzan Airil Mohd, 27; Ahmad Shukri Rozi, 25; Muhammad Syawalluddin Mohd Shabaruddin, 20, dan Muhammad Shahrul Mizam Abd Rahman, 21, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan itu.

Kesemua mereka yang berasal dari Kuala Ibai, di sini, mengaku tidak bersalah bersama-sama telah menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun 10 bulan, dengan niat mencabul kehormatannya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama iaitu melakukan perbuatan itu di sebuah bangsal di Kuala Ibai, di sini, pada 17 Disember 2011, antara jam 12.10 tengah malam hingga 4 pagi.

Sabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan 9 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta membenarkan kesemua mereka diikat jamin RM6,000 setiap seorang.
 
Back
Top
Log in Register