nanask8revo
Junior Member
- Messages
- 70
- Joined
- Feb 28, 2008
- Messages
- 70
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
takut r bila jadi macam ni xkan anak dgn mak pun x knal
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
takut r bila jadi macam ni xkan anak dgn mak pun x knal
Bapak dia ngigau lagi kot...:-? :-? :-?
ROMPIN: Niat suci seorang gadis menunaikan solat Subuh bertukar mimpi ngeri apabila dicabul ‘bapa durjana’ ketika menanti giliran mengambil wuduk di rumahnya.
Sebelum kejadian, gadis berusia 17 tahun itu dikejutkan bapa menunaikan solat Subuh, dalam kejadian di sebuah Felda di Muadzam Shah, Sabtu lalu.
Malah, dalam keadaan ‘mamai’, mangsa yang sedang menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikatakan berjalan ke bilik air, kira-kira jam 6 pagi.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata mangsa terpaksa menanti di luar bilik air apabila ia digunakan abangnya yang juga mengambil wuduk.
Bagaimanapun, katanya, ketika menanti abangnya selesai, bapanya secara tiba-tiba memeluk dan meraba perut gadis itu menyebabkan mangsa menjerit ketakutan.
“Jeritan gadis itu didengari abang mangsa sebelum berlaku pertengkaran antara dua beranak terbabit yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibu mereka.
“Mangsa bersama ibunya ke rumah jiran dan memaklumkan kejadian terbabit kepada pengurus Felda sebelum membuat laporan di Balai Polis Selancar,” katanya.
Malah, katanya, susulan laporan itu, polis menahan bapa durjana berusia 43 tahun di rumahnya bagi membantu siasatan mengenai kejadian terbabit.
“Siasatan awal mendapati, mangsa terpaksa menjerit selepas terkejut dengan tindakan bapanya yang memeluk dari belakang dan meraba perutnya,” katanya.
Menurutnya, bapa mangsa yang bekerja sebagai peneroka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD), Rompin mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana cabul kehormatan.
p/s...subuh2 ni bapaknya xleh beza anak dgn mak