ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Proton Suprima S
PROTON perlu bersedia menghadapi cabaran pasaran terbuka automotif, sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) benar-benar ditandatangani oleh kerajaan.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada masa sama Proton akan mencari jalan supaya membolehkannya bertahan dan berdaya saing sebagai pengeluar industri kereta tempatan dalam pasaran terbuka, jika TPP muktamad.
Beliau berkata, industri sudah dihimpit masalah berikutan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA).
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Proton berkata kelak, industri terpaksa pula menghadapi cabaran TPP.
"Kita akan cuba bersaing. Kita kena bersaing dengan AFTA ni pun dah satu masalah.Lepas tu kita nak bersaing dengan Amerika yang besar. Amerika kali pertama keluar 11 juta kereta, sedangkan Proton keluar 150,000 kereta saja.
"Jadi kita 'handicap' lah. Tapi kalau dah tandatangan, kita (Proton) kena cari jalan lah bagaimana hendak 'hidup'," katanya selepas pelancaran varian baharu Proton Suprima S, dan penyampaian hadiah pertandingan reka bentuk Proton di Kuala Lumpur semalam.
Mengulas mengenai TPP, Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu berharap kerajaan tidak akan memeterai perjanjian tersebut yang dilihat lebih menguntungkan Amerika.
"Saya harap kerajaan tidak akan tandatangan TPP ini. Banyak benda dalam tu (TPP) kalau kita tandatangan, kita terdedah kepada macam-macam tindakan termasuk syarikat-syarikat asing boleh saman kerajaan berbilion ringgit.
"Benda ini dicadang, dibentuk oleh Amerika untuk kepentingannya bukan untuk kepentingan kita secara keseluruhannya," kata beliau.
Sementara itu, Proton melancarkan varian baharu Proton Suprima S Standard berharga serendah RM69,438.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, pengenalan varian baharu itu merupakan komitmen Proton memenuhi permintaan pelanggan.
Dalam pada itu mengulas mengenai pertandingan reka bentuk Proton Abdul Harith berkata, ia adalah platform mendedahkan golongan muda Malaysia kepada dunia reka bentuk automotif dan memupuk minatsejak awal.
Kategori 13-17 tahun, dimenangi Muhammad Amiruddin, 17 dari SMK Taman Melawati, Kuala Lumpursementara kategori 18-25 tahun dimenangiYing Hern, 25.