mieera
Fun Poster
- Messages
- 999
- Joined
- Nov 13, 2007
- Messages
- 999
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang
suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang
disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya
kepada si Suami. Ini dialog mereka...... ..
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang
cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun
begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana
abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang
boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik,
mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati
abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan
setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang
bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan
suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami
kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat
kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil
isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu...
sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. Jika disebabkan Kasih sayang dan ingatan
aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai
mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh
itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah
engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika
cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih
mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak
perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan
terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun
begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
aku xpasti ada ke dok lagi benda ni tapi aku malas la nak cari byk sgt thread....kalu ada doh delete je lah ek
