BTC USD 94,861.5 Gold USD 3,306.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BYD Memberikan Sistem Swapandu Secara Percuma Pada Semua Kereta Keluaran Mereka

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
67,450
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
67,450
Reaction score
7,417
Points
916
Awards
1
BYD kini menawarkan sistem swapandu “God’s Eye” mereka secara percuma pada semua kenderaan keluaran mereka. Sistem swapandu akan diperkenalkan pada 21 model kenderaan NEV BYD tahun ini tanpa sebarang bayaran tambahan seperti yang dilakukan oleh pesaing seperti Tesla. Sebelum ini sistem swapandu hanya diberikan oleh BYD pada kenderaan mercu yang dijual pada harga melebihi RMB 200,000 (~RM 122,000).

BYD-semua-All-950x535.jpg.webp


Kini ialah akan ditawarkan pada kenderaan mampu milik seperti BYD Seagull pada harga sekitar RM43,000 sebuah. Presiden BYD, Wang Chuanfu mengatakan syarikat melihat sistem swapandu akan menjadi ciri standard pada kereta di pasaran dalam masa tiga tahun. Tambah beliau lagi, sistem swapandu akan dilihat sebagai sesuatu yang normal seperti tali pinggang keselamatan dan beg udara.

Namun begitu sistem swapandu yang ditawarkan ini adalah berbeza mengikut model. Versi paling berkuasa God’s Eye A (DiPilot 600) diberikan pada kenderaan mewah seperti Yanwang yang dilengkapi tiga kamera LiDAR. Versi sederhana God’s Eye B (DiPilot 300) pula pada jenama premium Denza, Dynasty, dan Ocean yang hanya dilengkapi satu LiDAR. Akhir sekali God’s Eye C (DiPilot 100) adalah untuk kenderaan mampu milik yang tidak dilengkapi LiDAR. Tindakan BYD memberikan sistem swapandu secara percuma dilihat sebagai usaha untuk mendominasi pasaran automotif China yang semakin kompetitif. Ia turut akan memberikan tekanan kepada Tesla yang mengenakan langganan untuk menggunakan sistem swapandu FSD mereka.

Sumber asal https://www.yicaiglobal.com/news/ch...eye-self-driving-system-on-all-its-nev-models
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register