BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunuh, kerat mayat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
BANDAR RAYA MEXICO: Kumpulan pengedar dadah di negara ini membunuh dan mengerat mayat seorang lelaki sebelum membuang anggota tubuhnya di beberapa tempat di sekitar Acapulco.

Insiden mengerikan itu adalah sebagai ugutan kepada pihak berkuasa di bandar raya peranginan itu yang kini dihantui keganasan kumpulan dadah. Polis kelmarin menerima laporan terdapat kepala manusia dibiarkan di sebatang jalan raya yang sesak. Mereka juga menemui bahagian tubuh manusia dalam sebuah beg.


Sejurus kemudian kaki betis mangsa turut ditemui tergantung di sebuah jambatan dengan nota daripada suspek kepada pihak berkuasa. Di satu lagi jambatan di jalan menuju ke bandar raya Mexico di utara Acapulco, polis menjumpai tangan mangsa dengan nota kepada kerajaan pusat dan tempatan.

Ketiga-tiga nota itu kelihatannya diletakkan pada waktu yang sama dan turut mempunyai tulisan sama. - AFP

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bunuh_keratmayat/Article/index_html
 
peh....mmg mexico punya style..ehheeeeeeeeeee
 
polis mexico lembik sgt ke sampai penjenayah boleh bagi amaran lagi
 
mexico bndr dadah terbesar dunia.. polis sdiri takut nga geng2 mafia dia.. siap berperang lagi.. mmg open..
 
polis mexico lembik sgt ke sampai penjenayah boleh bagi amaran lagi

bkn lembik lagi dah.. tp ketar lutut.. ganas woo.. rasanya ada thread pasal pertempuran polis mexico nga mafia dadah.. habis polis. ~X(~X(~X(
 
Mujur jugak pengedar dadah di Malaysia x se advance sana...Tapi jenayah kejam di Malaysia mmg ada banyak yang di sebabkan penagih dadah yang terdesak....
 
bkn lembik lagi dah.. tp ketar lutut.. ganas woo.. rasanya ada thread pasal pertempuran polis mexico nga mafia dadah.. habis polis. ~X(~X(~X(

agaknye senjata pengedar dadah lagi canggih dari polis kot.
 
Back
Top
Log in Register