BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunuh diri kerana lawa

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
LONDON: Gara-gara dibuli melampau selama beberapa tahun kerana memiliki wajah menarik, seorang remaja perempuan membunuh diri dengan melompat dari jejantas, malam kelmarin.

Simone Grice, 15, mati selepas melompat dari ketinggian 12.2 meter dan terjatuh ke jalan raya ketika dua orang awam merayu dia mengubah fikiran.

Ketika mayat Simone ditemui, dia masih memegang telefon bimbit dan mendakap anak patung kesayangannya.

Keluarga Simone mula mengajarnya di rumah baru-baru ini apabila dia enggan ke sekolah di Redruth, Cornwall, kerana menjadi sasaran buli pelajar lain.

Ibunya, Linda, 45, berkata Simone sering dicaci, diludah dan dibaling batu.

“Pelajar sering mencarinya untuk dibuli menyebabkan dia sangat emosional dan tak stabil.

“Simone menjadi mangsa buli melampau di sekolahnya walaupun pihak pengurusan cuba membantu, ia berlaku bertahun-tahun,” katanya.

Tidak tahan dengan penderaan itu, kata Linda, keluarga Simone memberhentikan persekolahan dan mengajarnya sendiri di rumah.

“Simone anak yang sangat cantik dan sesetengah pelajar tidak suka dengan keadaan itu.

“Dia menjadi mangsa kerana wajahnya,” katanya.

Menurut Linda, selain cantik, Simone juga pintar, baik hati dan pemalu.

“Mereka mengambil kesempatan atas sifatnya itu,” katanya.

Mayat Simone ditemui kira-kira jam 11 malam di bawah jejantas berhampiran Redruth, Cornwall.

Sementara itu, polis berkata, kejadian berlaku kurang daripada 300 meter dari rumahnya.

“Dua orang awam yang kecuba memujuk mangsa supaya menukar fikiran tetapi gagal,” katanya. - Agensi
 
simone grice

resizer.aspx


xde la lawa mane pun....
 
Kalau mcm ni la roper c simone yg dikata kn menarik...!??...Haku pikirdia lahh palinG cun sklai kat skola tu...kot yG lain hampess..rabakk...
 
la... macm ini orang pun ada ke?
 
ada gak mcm ni eks...cantik pun salah ke...
betul ke cantik sgt...:-?
 
Back
Top
Log in Register