BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunga di rumah (korang ada?)

amieshoro

Active+ Member
Messages
3,091
Joined
Mar 21, 2009
Messages
3,091
Reaction score
281
Points
51
seminggu yang lalu ,

secara tidak sengaja aku singgah
ke nursery menjual pokok2 dan bunga2..
aku menghantar seorang lelaki tua yang juga
merupakan kakitangan di tempat aku kerja untuk membeli
bunga ..
mamat nie memang suka pada tumbuhan & haiwan ..
di mana dia melayan tumbuhan & haiwan dengan baik
dan melayan manusia seperti sampah..
aku memang menyampah ngan dia..
tapi sebab kesian ngan dia yang tua aku
selalu gak tolong hantar dia g shopping.

masa kat nursery, aku merokok sebab banyak nyamuk..
tiba2 datang seekor anak kucing yg sangat kurus
tapi jinak bermain di kaki aku..
kesian aku tgk anak kucing tue..
kat nursery nie apa lah nak di makan..
nak tangkap tikus pun tak mampu lagi..
tokey nursery pun rasanya bagi makan sekali sehari..
aku belai2 dengan harapan belaian aku dapat
mengurangkan penderitaannnya..

tiba2 aku terpandang satu bunga yang sangat cantik..
berwarna unggu ...
warnanya seolah-olah memukau aku ..
bak kata Pink "you're a thief, you stole my heart,
and i'm your willing victims"
..
aku terus lupa pada kucing yg aku belai lalu
terus mengambil bunga tersebut yang berada
dalam pasu kecil.

"mau beli ka? " seorang lelaki tua cina bertanya pada aku.
aku memandang dia dengan wajah yang keliru.
"satu hari siram berapa kali?" aku tanya dia lak.
dia ketawa sambil mengangkat mengalihkan beberapa
pasu besar.
lalu dia menjawab "siram kalau daun mcm mau kering"
kemudian dia sambung lagi "kalau panas, kasi siram banyak..".

aku membelek2 lagi bunga tue..

kemudian lelai tua cina itu pergi agak jauh..
muncul pula seorang permpuan cina yg agak muda..
"kasi awak RM8 je.. cantik kan". dia menawarkan potongan
harga, aku tgk harganya RM8.80..
aku mengangguk, tanda aku mau membelinya..
"mau baja tak?" dia tanya.. aku angguk lagi.

kemudian aku tanya apa nama bunga tue..
"oh..ini bunga cintatum.." agak perlahan dia cakap.
aku tanya lagi sebab aku tak berapa dengar..
"eh.. ini bunga nama tirustum" aku masih x pasti apa
dia cakap..
aku malas nak tanya kali ketiga, nanti dia cakap
bunga ketum lak.
so, aku tanya pasal baja, dia cakap 2 minggu sekali
tabur..
so, mcm mudah jer.

lelaki tua cina tadi datang kembali menghampiri aku
sambil berkata
"kita mesti belajar tanam pokok.. mesti tau" ..
pastu dia blah sambil sambung buat kerja.

aku terus masukkan bunga yg aku beli ke dalam kereta
sambil tunggu mamat tua yg tgh beli banyak pokok dan
bunga.. lepas settle aku tolong masukkan dalam kereta
dan hantar ke rumah dia..
dia nie memang bagus..
semua binatang dari berudu sampai ke biawak besar
dalam perlindungan dia..
hinggakan MBJB datang tangkap anjing pun dia marah
dan dia sanggup hantar anjing2 yg sakit ke klinik
walaupun bukan anjing dia.....
sekeliling rumah dia hinggakan luar umah dia tanam
denagn pelbagai pokok dan bunga..
memang mulia mamat nie pada haiwan & tumbuhan..
tapi ko layan manusia mcm sampah so aku menyampah ngan ko!!!

so, korang ada tak pokok bunga katr umah..?
aku plan nak beli bunga matahri lak..
jom kita kongsi penjagaan bunga dan jenis2 yg ko ada.

nie aku punya, masih tak tau nama apa :
2013-04-16074746_zpsa8152f83.jpg

cantik tak? kalau sapa tau nama sila bagitau yer..
 
Apa jd ngn kucing tu?
 
Rumah aku ade daun kesum (bukan ketum) dgn daun pandan je....
 
mat bunga tt ni..entah xkenal bunga apa
 
haha.. boleh buat hobi ni TT.. susun canatik2 kat depan rumah.. tenang jer nanti
 
haha.. boleh buat hobi ni TT.. susun canatik2 kat depan rumah.. tenang jer nanti

aku stay flat..
so, aku letak kat balkoni..

aku kat opis nie..
tadi hujan ribut..
risau gak bile teringatkan bunga aku kat umah.. :((
harap2 tak de apa2 berlaku pada nya..
 
Apahal TT x beli sekali kucheng tuuu..?
 
Back
Top
Log in Register