BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bumbung tercabut ketika solat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Salehudin menunjukkan bumbung rumahnya yang diterbangkan ribut.​

BATU PAHAT - "Terkejut saya mendengar jeritan daripada menantu dan juga cucu, yang datangnya dari arah ruang tamu rumah," kata salah seorang mangsa ribut di daerah ini, Salehudin Zakaria, 55.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin itu turut melibatkan 16 rumah di sekitar Kampung Parit Gantong dan Kampung Parit Kuda di Semereh serta Kampung Sungai Suloh dan Taman Soga di Bandar Batu Pahat.

Menurut Salehudin, hujan lebat berserta angin kencang mula berlaku sebaik memulakan solat namun dia tidak menyangka yang kediamannya akan dilanda ribut.

Katanya, selesai sahaja menunaikan solat, dia mendapati angin bertambah kencang sebelum mendengar jeritan menantu dan cucunya, yang kemudiannya terus ke bahagian depan rumah.

"Selesai menunaikan solat di dalam bilik, saya terus bergegas ke ruang tamu dan kemudian melihat menantu dan cucu saya berpelukan kerana ketakutan.

"Saya juga melihat bumbung rumah sudah tercabut dipercayai diterbangkan angin kencang selain bahagian ruang tamu rumah basah dan beberapa perabot kami turut rosak," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Parit Gantong, semalam.

Salehudin berkata, pemeriksaan di seluruh rumah mendapati bumbung di bahagian dapur juga tercabut dalam kejadian hujan lebat berserta angin kencang selama kira-kira 30 minit.

"Ketika kejadian, kami hanya mampu berdoa supaya terselamat dalam kejadian yang sememangnya tidak dijangka malah pertama kali berlaku sepanjang tinggal di situ," katanya.

Sementara itu, Sulaiman Salleh, 35, yang mengunjungi kenalannya berkata, dia terkejut apabila menyaksikan sendiri bumbung rumah itu tercabut ketika melalui kawasan berkenaan.

"Ketika itu saya turut memberhentikan kereta dan melihat bumbung rumah terbabit tercabut akibat angin kencang serta ribut yang berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat, Adnan Md Yassin berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berkaitan kejadian yang berlaku selain menguruskan pemberian bantuan kepada mangsa.

"Sepanjang bulan Januari hingga Mac tahun ini sebanyak 23 bantuan membabitkan jumlah RM50,000 telah disalurkan kepada mangsa ribut manakala bagi bulan April sehingga semalam sebanyak 36 kes dilaporkan.

"Bagaimanapun bantuan untuk bulan ini masih belum dapat diserahkan kerana pihak JKM masih melakukan siasatan berkaitan jumlah kerugian dialami mangsa," katanya.
 
Back
Top
Log in Register