BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buli pengawas di sekolah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
BESUT - Polis akan menjalankan siasatan lanjut dan mengesan individu yang terlibat dalam kejadian buli seorang murid dipercayai pengawas di sebuah sekolah rendah di daerah ini, termasuk individu yang menyebarkan video berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada bapa mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, kira-kira jam 9 pagi semalam.

Menurutnya, polis akan melakukan siasatan terperinci untuk mengesan mereka yang terlibat dalam kes buli tersebut.

“Kita turut mengesan individu yang menyebarkan rakaman video berkenaan untuk disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan video berkenaan di laman sosial,” katanya.

Sementara itu, rakaman video berdurasi lebih enam minit itu memaparkan beberapa murid yang memakai pakaian sukan sedang membuli mangsa yang dipercayai memakai uniform pengawas.

Rakaman itu menunjukkan sekurang-kurangnya empat murid menyepak seluruh badan dan menyembur muka mangsa dengan cecair dipercayai air, selain turut memaksa mangsa mencium stoking dalam kejadian yang didakwa berlaku di dalam surau sekolah berkenaan.

Murid terlibat dilihat langsung tidak mengendahkan rayuan mangsa walaupun mangsa menangis kesakitan.

Menerusi laman sosial itu juga, mangsa dimaklumkan kerap menjadi mangsa buli di sekolah dan difahamkan pernah menyuarakan hasrat kepada ibu bapanya untuk ditukarkan ke sekolah lain kerana tidak tahan dengan kejadian tersebut.

Selain itu, murid terlibat juga dipercayai turut meminta duit daripada mangsa setiap hari dan sekiranya mangsa enggan, mereka akan bertindak memukul mangsa.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/buli-pengawas-di-sekolah-1.452050
 
biasala...buli membuli
melayu buli melayu...cina buli cina..india buli india...
smpai ke tua pn mende yg sama gak...
jd ape nk heran...
ptt ibu bapa mainkn peranan...tp kalau dh ibu bapa jenis suka membuli dan kalau ade yg jenis terima je bulian...mmg xleh wat pape la...
 
Last edited:
Mmg siot kena buli...tiap2 ari bdak tuh kena bayo..xbayo trs kena
 
ada video best ni, mcm² la budak² sekarang
 
apa nak jadi budak sekarang, makin teruk, aku zaman kecik2 nakal takdela sampai tahap membuli, biasa mancing, main sampai maghrib, berkubang, mandi empang2, join sekali nakal ni, semua takut mak pak, takut balik kena tibai..lari tak cukup tanah ..tapi sekarang lain mcm, buli, seks bawah umo, mcm2 hal.
 
Back
Top
Log in Register