Syedz
CG Top Poster Club

- Messages
- 22,141
- Joined
- Dec 23, 2008
- Messages
- 22,141
- Reaction score
- 124
- Points
- 128
Crop circle adalah suatu kawasan di dalam ladang gandum di mana batang pokok gandum itu telah dibengkokkan (bukannya patah) tanpa sebab2 yg munasabah. Mereka biasanya berbentuk bulat & utk beberapa tahun kebelakangan ini mula mempunyai bentuk yg aneh. Ia biasanya berbentuk pada waktu malam dgn hanya mengambil masa lebih kurang 20 saat. Cahaya serta bunyi aneh sering dilaporkan kelihatan & kedengaran pada malam sebelumnya. Kes pertama yg mula direpotkan ialah di sekitar Wiltshire/Hamshire, England & kawasan pendalaman Australia. Menurut saksi, mereka ada terlihat objek2 yg aneh berlegar-legar di kawasan yg kemudian terbentuknya bulaan tanaman. Tetapi pada hari ini, lebih dari 10000 bulatan tanaman telah dijumpai & direkodkan. Dan mereka boleh dijumpai di seluruh dunia!
Tanda-tanda keintelektualan
Bentuk bulatan2 tanaman ini mempunyai simbol & formula matematik yg teramat kompleks seperti formula 'Julia Set' atau 'Fibonacci' yg begitu tepat pengiraannya sehingga seolah-olah telah dilukis oleh komputer.
Bulatan tanaman biasanya terbentuk di garisan-garisan magnetik bumi & berdekatan dengan monumen tamadun purba seperti Stonehenge di England.
Lapisan pokok2 gandum yg telah dibengkokkan itu biasanya diputarkan mengikut arah jam & lawan jam dengan berselang-seli: tanpa sebijik gandum pun yg tertanggal!
Ada sekumpulan bulatan2 yg mempunyai lambang simbol Tuhan Matahari yg ada dalam kepercayaan2 berlainan dari seluruh dunia seolah-olah ada mesej yg cuba disampaikan.
Keanehan yg btol2 membuntukan otak!
Binatang2 ternakan x berani merayau dekat atau muntah bila berada di bulatan2 tanaman.
Daya magnet bumi di bulatan itu menjadi gila menyebabkan jarum kompas tidak dapat menunjukkan arah utara.
Kamera, telefon bimbit & bateri tidak berfungsi bila mendekatan bulatan tanaman.
Bacaan radioaktif menjulang sehinga 300% lebih byk drpd kadar normal
Tiada sebarang pokok gandum pun yg patah dalam bulatan & tiada tapak kaki atau kesan2 kehadiran manusia di sekitar bulatan itu.
Kejadian pokok2 gandum telah dibengkokkan itu telah disimulasikan semula di dalam makmal & para saintis mendapati hanya ada satu cara sahaja yg boleh membengkokkan pokok gandum itu begitu iaitu dgn membakar batang gandum itu dari dalam dgn menggunakan haba yg amat tinggi dalam masa yg teramat singkat.
Ramai yg menyangkal penjelasan mengenai kewujudan tanaman ni, alien xda kerja lain ke? sampai nak jadikan ladang2 tanaman di muka bumi ni sebagai kanvas lukisan mereka? Kes yg paling popular ialah 'Doug & Dave', 2 org pakcik tua yg sudah pencen yg mengaku bertanggungjawab tentang formasi bulatan2 di England. Mereka mendakwa membuat bulatan itu dgn menggunakan papan leper & kasut berspring. Tapi macamana mereka nak explain tentang bulatan2 tanaman yg selebihnya di seluruh dunia???