BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bulan puasa lebih mulia dari hari raya

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
AMALAN TERBALIK πŸ‘ŽVS AMALAN TERBAIKπŸ‘
β›”β›”β›”β›”β›”β›”β›”β›”β›”β›”β›”β›”β›”β›”β›”β›”
πŸ‘Ž kita berebut penuhkan turn moreh setiap malam ramadhan,😭
πŸ‘ sedangkan pahala menjamu orang berbuka puasa yg lebih ganjarannya😊
πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚
πŸ‘Ž kita beriya sedekah angpow di pagi Syawal😭
πŸ‘ sedangkan pahala sedekah yg berlipat ganda adalah di bulan ramadhan😊
🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻
πŸ‘Ž kita beriya meraikan anak2 yatim hanya sepanjang bulan ramadhan😭
πŸ‘ sedangkan mengusap kepala anak yatim sudah mendapat pahala setiap masa dan ketika😊
πŸŒ·πŸ€πŸŒ·πŸ€πŸŒ·πŸ€πŸŒ·πŸ€πŸŒ·πŸ€πŸŒ·πŸ€πŸŒ·πŸ€πŸŒ·πŸ€
πŸ‘Ž kita berpusu-pusu memenuhi saf-saf taraweh😭
πŸ‘ sedangkan pahala solat 5 waktu berjemaah adalah 27 kali ganda😊
🌡🌴🌡🌴🌡🌴🌡🌴🌡🌴🌡🌴🌡🌴🌡🌴
πŸ‘Ž kita melatih anak2 kita berpuasa ketika mencecah 7 tahun😭
πŸ‘ sedangkan yg disuruh Rasulullah s.a.w ialah melatih anak2 bersolat ketika umur 7 tahun..😊
πŸ‘Ž kita berpusu2 ke masjid pada 10 malam pertama ramadhan😭
πŸ’™πŸ’œπŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’š
πŸ‘ sedangkan 10 malam terakhir adalah kemuncak ramadhan yg amat bermakna😊
πŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸŒΊπŸŒ΄πŸŒ΅πŸŒ΄πŸ‚πŸ‚πŸƒπŸŒΊπŸƒπŸ‚

Nampak..??? TERBALIK KAN AMALAN KITA..!!
JOM MUHASABAH...SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA...πŸŒ·πŸ€πŸŒ»πŸŒΊπŸƒπŸ‚
 
psl angpau, 2 hari lepas aku gi tazkirah, katanya baik bagi sehari sebelum raya. rebut ganjaran pahala...
 
Beri Duit Raya Biar Ikhlas
Ditulis oleh Mastura binti Mohd Zain. Posted in Berita Harian
Ramadhan menjelma lagi. Dan walaupun umat Islam baru beberapa hari melaksanakan ibadah puasa,* namun apa yang ingin diperkatakan pada kesempatan ini adalah tentang amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak. Memang pada Hari Raya kanak-kanak adalah orang yang paling gembira. Selalunya mereka akan pergi ziarah raya dari rumah ke rumah bersama rakan-rakan. Tujuannya bukan untuk menziarah sangat, lebih bertumpu kepada duit raya yang diberi tuan rumah apabila bersalaman. **

Duit raya yang dihulur mungkin merupakan suatu 'paksaan' bersedekah. Sebenarnya syarat bersedekah ialah ia mesti diberi dengan ikhlas sekadar termampu. Ada ibu bapa yang memberi duit raya kerana orang lain memberikan duit raya kepada anak mereka. Jika tidak dibalas takut berkecil hati, lantas memberi kerana terpaksa atau menutup malu. Pemberian sedekah begini tentu kurang dari segi keikhlasannya.**** **

Ada juga yang berniat untuk menunjuk-nunjuk semasa memberi duit Raya kepada kanak-kanak. Niat perlu betul, jangan sampai hangus pahala sedekah yang diberi. Seeloknya dimasukkan di dalam sampul agar jumlah wang yang diberi tidak dapat dilihat oleh orang lain.

*Kanak-kanak juga harus diingatkan agar jangan hanya berhari raya di rumah orang kaya sahaja. Tujuan asal berziarah pada Hari Raya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama orang Islam. Oleh itu jangan dipinggirkan mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk memberi duit raya. Didik anak-anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan. Walau macam mana daif pun tuan rumah, mereka tetap gembira menerima kunjungan anak-anak pada Hari Raya.

Anak-anak perlu diberitahu adab ke rumah orang agar tidak cacat tujuan ziarah itu sendiri. Tujuan berziarah adalah untuk bermesra bersama jiran atau saudara-mara sambil bertanya khabar. Jangan pula tidak makan, tidak minum mahupun berbual, tetapi hanya duduk semata-mata menanti sampul duit raya. Ini tentunya bertentangan dengan semangat berziarah untuk bergaul dan mengeratkan *lagi hubungan.

Seperkara lagi ada anak-anak yang mengunjungi sesebuah rumah sehingga dua tiga kali semata-mata untuk menambah duit raya. Tuan rumah selalunya tidak menyedari kanak-kanak itu pernah singgah lantas memberikan duit raya sekali lagi. Jangan pula mengambil kesempatan kebaikan tuan rumah untuk membuat duit raya. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk menerima duit raya .* **

Namun sejak akhir-akhir ini didapati semakin ramai yang tidak gemar membuka pintu kepada anak-anak yang datang beraya. Ramai yang 'tutup pagar' takut dikunjungi kanak-kanak yang datang untuk beraya di rumah mereka. Ada yang pura-pura tiada di rumah atau ada yang sedang duduk di rumah tetapi hanya buat tidak tahu apabila kanak-kanak memberi salam dan hendak beraya.

Ada yang malas dan takut letih melayan kerenah mereka. Mungkin juga kerana takut 'terpaksa' beri duit raya kepada kanak-kanak itu. Tetapi jika kita kurang bersedekah di masa-masa lain, masa inilah paling sesuai untuk kita bersedekah kepada kanak-kanak yang datang berziarah. Masa inilah juga kita dapat berkenalan sekurang-kurangnya dengan* bertanya "kamu ini anak siapa dan tinggal di mana?"

Luangkanlah sedikit masa untuk anak-anak yang bertandang ke rumah kita. Tidak perlu tunggu 'rumah terbuka' baru hendak melayan mereka. Pamerkan kemesraan dan sifat kasih sayang kepada anak-anak yang datang menziarah . Tetamu yang datang berkunjung ke rumah akan menghapuskan dosa-dosa tuan rumah. Apatah lagi apabila dia mendoakan kesejahteraan kita kerana melayannya dengan baik. Hidup kita akan dilimpahi keberkatan.

Jika kita tutup pintu kepada generasi muda ini, mereka akan bertambah jauh dari kita. Maka jangan pula mereka ini disalahkan jika mereka lebih gemar mendengar nasihat rakan sebaya, internet serta lebih banyak menghabiskan masa di depan kaca televisyen yang sememangnya banyak menyiarkan rancangan menarik semasa Hari Raya.

Harus diingat Hari Raya bukanlah hari untuk bersuka ria semata-semata, sebaliknya ia adalah perayaan keagamaan. Maka cara menyambutnya perlulah mengikut adab dan peraturan agar kita akan mendapat ganjaran dariNyaCcC
 
kurg 3 minggu lagi nak raya...sedih pula rasa...
 
Back
Top
Log in Register