BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bulan kelima Pluto ditemui

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_05.1.jpg

GAMBAR menunjukkan bulan P5 (dalam bulatan) bersama empat lagi bulan yang mengelilingi planet Pluto.

WASHINGTON - Sekumpulan ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui bulan kelima yang mengelilingi planet Pluto, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin.

Bulan itu diberi nama jolokan P5 buat sementara waktu.

Ia mempunyai diameter kira-kira 10 hingga 24 kilometer.

Ahli-ahli astronomi itu menemui bulan tersebut dengan menggunakan Teleskop Angkasa Lepas Hubble.

Pada tahun lalu, sekumpulan ahli astronomi melaporkan penemuan bulan keempat planet tersebut yang dikenali sebagai P4.

Bulan terbesar Pluto ialah Charon ditemui pada tahun 1978.

Dua lagi bulan, Nix dan Hydra ditemui pada tahun 2005.

Pluto diklasifikasikan sebagai planet kerdil oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa.

Planet itu selebar 2,301 kilometer. - Agensi
 
Hari tu kata Pluto bukan planet!!!!!!!!!!!

Kejap planet, kejap bukan!

Yang mana satu ni?!
 
wahh..bestnya klu dpt tgk pluto dpn2 mata kan..:D:D:D
 
Kt sekolah dlu ms kelas sains pluto adalah planet :-?
Mana 1 yg betul ni

baru dalam 5-6 tahun lepas diorang isytihar pluto bukan planet

p/s: tahun bile belajar sains tu:">
 
Surat khabar melayu je yang membahasakan planet.
 
pluto bukan planet.. sejarah kita dgn cucu cicit kita nanti mesti bnyk perbezaan.. sejarah yg dibuat penuh dgn spinning story.. dorang takde pendirian..
 
best nya klu dpt ke sana. tgk sendiri ciptaan Allah. Allah Maha Besar
 
pluto bukan planet.. sejarah kita dgn cucu cicit kita nanti mesti bnyk perbezaan.. sejarah yg dibuat penuh dgn spinning story.. dorang takde pendirian..

bukan tak ada pendirian...

concensus berubah bila ada data baru atau ada fakta yang baru dijumpai atau ada sesuatu yang menyebabkan perlunya kepada rombakan supaya ilmu yang ada sekarang lebih kemas.

itu menurut cakap tok bomoh kat kampung aku la.
 
Back
Top
Log in Register