BTC USD 85,694.7 Gold USD 4,344.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukti Himpunan 'Bersih' adalah Aman

ssufian

Banned
Messages
1,340
Joined
Mar 21, 2006
Messages
1,340
Reaction score
0
Points
20
Cuba lihat klip berikut dan bandingkan dengan perhimpunan aman 'Bersih' yang lalu.Berbeza sangat.Ooops...tutuplah dulu nasyeed tu dulu...

Perhimpunan seumpama ini tentunya tiada permit ; namun ianya bukanlah suatu perhimpunan haram...betul tak? Kenapa perhimpunan yang liar saperti ini tidak digembar-gemburkan sebagaimana himpunan 'Bersih' atau 'Hindraf'? Lihatlah sendiri dan buatlah penilaian sendiri.



Mereka menganggu lalu lintas dengan menyembur kenderaan dan boleh membahayakan kedua belah pihak.



Terdapat pemandu yang hilang sabar dan naik radang lalu mencabar ajak bergaduh!



Kesian…Polis sendiri dijadikan mangsa dan dipermain-mainkan. Dan polis Malaysia nampak pondan sangat bila berhadapan dengan karenah remaja kita …Tapi berlainan pula bila berhadapan dengan ‘Bersih’ dan ‘Hindraf’

Seperkara lagi ialah, adakah begini cara rakyat kita menyambut hari Krismas? Adakah mereka mendapat permit?

Walau bagaimana pun terbukti perhimpunan aman 10 November 2007, anjuran ‘Bersih’ benar-benar aman.

Bagaimana kalau Bersih menganjurkan himpunan baju kuning untuk menyambut malam tahun baru nanti? Bukan nak menyambut sangat tahun baru tu ; tapi untuk ambil kesempatan menghidupkan kembali gelombang kuning.

Kerajaan takkanlah mahu menghalang rakyat berhimpun untuk meraikan tahun baru! Atau perlu mendapatkan permit untuyk menyambut tahun baru! Atau menghalang rakyat pakai baju kuning menyambut tahun baru!

Ayuh! Isytiharkanlah sahaja dan rakyat akan berpusu-pusu ke Ibukota - gelombang kuning melanda kali kedua!



 
Ape motif sembur2 kete org lalu lang tuhh..:mad:
tkde koje cari koje yop
 
Nampak sgt Bacui polis sekarang ni...
Semua ni rakyat berani melawan dan buat benda-2 bodo ni sebab kerjaan pimpinan Pak Lah sendiri...
Sebab org ramai dah berani berontak sebab Pak Lah & the gang tak berotak...
 
i see....patut la malam christmas eve jem giler kat penang bridge, igt nak masuk pulau gak la tp sebab jem, aku pegi sg dua je la..makan mee udang special hehe
 
perhimpunan tahun baru takde mesti takde masalah ... sebab takde unsur politik ... yg ada pun maksiat sket sket aje ... lah tak kisah ...
 
sedih aku bila tengok vdeo tu... tak tau nk cakap camner lg... hidup zaman p ramlee lg best...
 
perhimpunan tahun baru takde mesti takde masalah ... sebab takde unsur politik ... yg ada pun maksiat sket sket aje ... lah tak kisah ...

chehh. sikit2 apa. kalau himpunkan ada setinggi klcc gak jumlah maksiat tu. letih aku everytime 31 ogos ngan tahun baru tiba. hampehhh
 
X de plak kt paper aku dgr rakyat mengeluh pasal perniagaan merosot,jalan jem,ambulance bawak org sakit tersangkut kt tengah jalan,rakyat sudah muak dgn perhimpunan ni,pm kate jgn cabar saye sbb buat perhimpunan ni.oooh malaysia negaraku...
 
Back
Top
Log in Register