BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukti cinta terhadap Rasulullah S.A.W :)

mosat_network

Active+ Member
Messages
3,598
Joined
Jan 13, 2011
Messages
3,598
Reaction score
398
Points
41
1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda s.a.w
-Orang yang mencintai Rasulullah s.a.w adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya.

2. Banyak mengingati dan menyebutnya
-Orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.

3. Menyampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w
''Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.'' [Surah Al-Ahzaab ayat 56]


4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda s.a.w juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda s.a.w. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.


5. Bersopan santun dan beradab dengan Baginda s.a.w baik dalam menyebut nama atau memanggilnya
''Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.''[Surah An-Nuur ayat 63]

6. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah s.a.w walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga
“Diantara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.” [HR Muslim]

7.Mencintai orang yang Rasulullah s.a.w cintai
(i) Ahlul-baitnya (keluarga)
(ii) Para isteri Baginda s.a.w
(iii) Para sahabat Baginda s.a.w

8. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat.

''Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.'' [Surah Al-Mujaadalah ayat 22]


***Ulama’ menyatakan faedah yang boleh didapati dari Selawat ke atas Nabi saw ialah:
Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya dihati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta dihatinya.

Demikianlah sebagian tanda dan bukti penting kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w semoga Allah s.w.t memudahkan kita untuk mendapatkan dan merealisasikannya dalam kehidupan kita sehari-hari.. :)
 
Marilah kita mengamalkan selawat yg shahih dari nabi SAW (iaitu selawat ibrahimiyyah). jangan amalkan selawat yg tidak shahih dari Nabi SAW, walaupun yg membuat selawat baru tersebut adalah manusia yg menggelar dirinya ahlul bait di akhir zaman ini :D
 
moga seluruh umat baginda saw dapat menatap wajah baginda saw di dunia seblom akhirat..
 
Back
Top
Log in Register