BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukit Gambang Water Park

mrkon

Active+ Member
Messages
2,525
Joined
May 21, 2010
Messages
2,525
Reaction score
16
Points
25
salam

Saya nak bertanya ada tak Appartment atau Condo berdekatan dengan kawasan water park ni untuk di sewa selain dari Bukit Gambang Resort sebab cadang nak bercuti ke sana dalam 3 keluarga so nak jimat sikit kos penginapan:D lagi satu OK ka tempat tu maksud saya

a.puas hati dan seronok untuk keluarga.
b.biasa-biasa saje tapi masih berbaloi dgn caj di kenakan.
c.bosan sbb banyak tempat atau kemudahan belum siap sepenuhnya.

tolong kongsi info ya pada yang sudah merasai atau yg tahu atau berdekatan dgn water park ni.

:)cgrock
 
bercadang nak kesana gak..dgr x bole bwk masuk makanan..kena beli kat dalam dan harga agak mahal..berapa tiket masuk?
 
memang ada apartment untuk disewa sebelah waterpark tu
 
duduk kat kuantan je......dlm 20 min ke gambang ni
anak aku mmg suka tempat ni sampai tak nak balik....kira berbaloi la ngan harganya coz banyak bende bole naik
 
tak pun kat opposite BGRC tu ada taman perumahan baru, kat situ ramai owner convert to homestay especially yg design mcm portugese tu. siap ada yg sediakan gazebo & barbeque set plak.
 
company ako baru buat event kat situ.... mahal la ... semua pon nk kene bayo...
 
mmg selesa home stay tu,tapi untuk orang luar tak ke sesat/sukar nak cari lokasi.sedangkan hotel yg tegak berdiri pun aku selalu melalut ke lain ni kan perumahan :D tapi akan di pertimbangkan setelah puas menilai info dari sahabat semua.

kuantan dgn lokasi BGRC ni jauh ka maklumlah orang luar zero tentang lokasi ni dan gugup kerana pertama kali nak ke kuantan:))

more info pls:)cgrock
 
Bukit Gambang Resort / Kuantan
Tarikan baru di Kuantan. BUKIT GAMBANG RESORT. selain daripada pantai seperti CHERATING, BALOK, BESERAH.

Kuantan dan Bukit Gambang terletak lebih kurang 35km antara satu sama lain. Bukit Gambang terletak di jalan lama ke Maran dimana anda akan berjumpa dengan UMP, Kolej Matrikulasi Pahang, hutan dan seterusnya jumpa satu taman permainan tema air di situ.

Kemudahan-kemudahan yang ada dikatakan terbesar di Pantai Timur, menarik warga luar untuk datang bercuti ke sini. Bagaimana perancangan anda ?

Oleh kerana terdapat tempat lain lagi selain daripada Bukit Gambang, seperti pantai batu hitam, pantai balok, tanjung lumpur, maka kunjungan anda ke gambang/kuantan dicadangkan untuk ke tempat-tempat ini. Teluk Chempedak, tanjung lumpur, 2 tempat yang happening untuk dikunjungi.

Jika cuti anda terhad, 2 hari 1 malam. Anda boleh susun aktiviti dengan semaksima yang mungkin.

Day 1: Pagi – Perjalanan ke BGRC. Main di Bukit Gambang Resort dari pagi sampai puas (petang)

Petang – Bergerak ke Kuantan. Menginap di homestay sekitar bandar. Berehat

Malam – Ke tanjung lumpur. Open table di Ana Ikan Bakar Petai.

Tengah Malam – Singgah sebentar di Teluk Chempedak. Tgk orang ramai kat situ.

Day 2: Pagi – Main pantai di Beserah/ Batu Hitam.

Tghari – Berangkat Pulang. Singgah di Kuantan. Shopping2 mana yang patut – East Cost Mall, Beraya Megamall, Kuantan Parade.

Itu lah cadangan nya. SO, hari anda di Gambang atau di Kuantan dapat di gunakan semaksima yang mungkin.
 
Back
Top
Log in Register