BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukit Beruntung: Bumbung Roboh

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
BUKIT BERUNTUNG: Penduduk di Pangsapuri Seri Semarak di sini, gempar apabila bumbung rumah pangsa yang baru dipasang roboh berikutan hujan lebat, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan hampir keseluruhan struktur atap zink yang baru selesai dipasang menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini jatuh di atas tanah.

Penduduk, Mohd Hafizi Sudin, 33, berkata 20 keluarga yang menghuni Blok K di situ berada dalam ketakutan apabila rumah pangsa yang diganti atap baru beberapa bulan lalu masih tidak selamat digunakan.


Katanya, hujan lebat diikuti angin kuat melanda kawasan ini menyebabkan berlakunya kejadian tidak diingini itu.


“Ketika kejadian, ramai penduduk berada dalam rumah dan hanya mengetahui keadaan sebenar setelah hujan berhenti.


“Penduduk cemas melihat struktur atap yang baru dipasang terbang melayang jatuh di halaman rumah kami di sini,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.


Menurutnya, blok yang mereka duduki adalah satu daripada 55 pangsapuri sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa yang dibaiki sejak beberapa bulan lalu.


Katanya, penduduk masih bimbang dengan keadaan sebenar atap yang baru dipasang di sini kerana belum pun dapat digunakan sepenuhnya sudah menimbulkan masalah.


Seorang lagi penduduk, Noraini Abdullah, 40, berkata mangsa kejadian terpaksa tinggal dalam rumah mereka kerana tidak mempunyai tempat lain untuk berpindah.


Katanya, penduduk merayu pihak berkaitan memantau kerja pembaikan yang baru disiapkan akhir minggu lalu.
Sumber
 
adoiiii

tunggu la plak

harga gula naik lagi minggu depan nak cover bunbung ni plak (alasaan jib la)ehehehehehe
 
duit utk rakyat telah d kurangkan,tulah kualiti kerja/barang ambil yg murah je...ni la kesan nya,rakyat juga d dulukan...
 
Kan baru ganti masa program Juara Rakyat tu hari. Camner nie. Tubuhkan suruhanjaya siasatan bebas la untuk siasat.
 
ha..ha...
tax sana,tax sini...habisla....
 
duit rakyat yg digunakan dgn salah....tak berkat...Allah tunjuk cash. Ni semua rasuah PRK baru ni... aku tgk dah mcm barek polis aprtment kat situ...cat biru putih.
 
alah.. apa nak heran.. sedangkan bumbung stadium kat terenegganu yg bernilai jutaan pun runtuh, inikan pula bumbung murah2....
byk masuk poket sapalah agaknyer nih...
 
Mungkin kontraktor kekurangan jurutera untuk membuat penilaian sebelum projek berjalan
 
esok kak ros komen.. "ini semua bencana alam... jgn kaitkan ngan APNO.. kalau nik aziz buat pun...Allah nak bg terbang..terbang juga", katanya ketika menjawab soalan eboss.
 
Back
Top
Log in Register