BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Bukan kisah keluarga saya'

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

Zaara Talita

[email protected]
DATUK Yusof Haslam (empat kiri) dan Kroll Azry (lima kanan) bersama barisan pelakon drama siri premium terbarunya, KUASA pada sidang media siri original KUASA di Dadi Cinema, Pavillion, Bukit Bintang. FOTO Aswadi Alias
DATUK Yusof Haslam (empat kiri) dan Kroll Azry (lima kanan) bersama barisan pelakon drama siri premium terbarunya, KUASA pada sidang media siri original KUASA di Dadi Cinema, Pavillion, Bukit Bintang. FOTO Aswadi Alias




Kuala Lumpur: Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam menafikan drama Kuasa bersangkut paut dengan kisah keluarganya.

Yusof, 68, berkata, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kehidupan berkeluarga yang ada pasang surutnya.

"Saya tidak menulis sendiri, Shamin iaitu adik kepada Syamsul yang mencetuskan idea untuk drama premium ini. Jangan salah anggap kerana ia bukan kisah daripada keluarga Yusof Haslam.

"Tidak dinafikan konflik dalam keluarga adalah perkara biasa. Malah, saya sendiri tidak boleh lari daripada persepsi orang ramai. Mereka berhak untuk meletakkan penilaian masing-masing. Ini adalah rekaan dan fantasi, namun dicantikkan lagi dengan kreativiti pengarah iaitu Kroll Azry," katanya.

Terdahulu Yusof ditemui pada majlis sidang media drama premium Kuasa kerjasama Astro Shaw dan Skop Productions di Dadi Cinema, Pavillion, di sini, kelmarin.

Drama Kuasa memaparkan kehidupan keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing dalam menguasai empayar.

Kuasa membariskan pelakon hebat seperti Ning Baizura, Rizuan Hashim, Nazim Othman, Dazrin Kamaruddin, Alicia Amin, Nia Atasha dan Izzy Reef.

"Sebenarnya saya sepatutnya membintangi drama ini tetapi disebabkan jadual kerja yang tidak mengizinkan, maka watak itu diberikan kepada orang lain.

"Mujur juga, takut kalau saya berlakon lagi orang percaya mengenai keluarga saya. Apa yang pasti, plot dan penceritaan drama ini berbeza dari drama-drama yang sedia ada," katanya
 
Back
Top
Log in Register