BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan dalam keadaan syak

ckama33

Active+ Member
Messages
3,949
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,949
Reaction score
158
Points
43
KUALA LUMPUR: Pegawai Penguat kuasa Agama Daerah Gombak Barat, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey disyaki berkhalwat kerana dompet milik Norman berada di tingkat bawah premis itu iaitu tempat Memey ditemui ketika serbuan.

Kyairool Nizam Khairuddin, 25, ketika menjawab soalan peguam bela tertuduh, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata ketika ditemui di bilik stor premis berkenaan, pihak berkuasa meminta Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, mengemukakan kad pengenalan namun pelakon itu memberitahu dompetnya berada di tingkat bawah.

Bagaimanapun, Kyairool Nizam bersetuju cadangan Fakhrul Azman walaupun kad pengenalan disimpan dalam dompet Norman Hakim ditemui di tingkat bawah, tidak menunjukkan pasangan terbabit berkhalwat.

Menurutnya, dia bersetuju kedua-dua tertuduh ketika ditemui bukan berada dalam keadaan menimbulkan syak kerana tidak ditemui bersama di suatu tempat.

Kyairool Nizam adalah saksi kedua pendakwa dalam perbicaraan kes khalwat Memey atau Suhaizah Suhaimi, 21, bersama Norman Hakim di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, jam antara 1.45 pagi hingga 3 pagi, 30 Oktober 2008.

FAKHRUL AZMAN: Awak setuju kad pengenalan tidak termasuk dalam ramuan pertuduhan yang menunjukkan berlakunya khalwat?

KYAIROOL NIZAM: Setuju.

FAKHRUL AZMAN: Kad pengenalan juga bukan satu bahan bukti yang boleh menunjukkan mereka berkhalwat?

KYAIROOL NIZAM: Ya.

FAKHRUL AZMAN: Kamu tidak bawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka berkhalwat ke mahkamah?

KYAIROOL NIZAM: Sepanjang perbicaraan, saya juga tidak mengemukakan sebarang bahan bukti dan laporan polis yang dibuat berdasarkan apa yang saya tahu dan hanya mendengar kata-kata daripada rakan lain.

Saksi berkenaan turut terpinga-pinga apabila peguam bela menyoalnya mengenai isu masa beliau sampai ke tempat kejadian.

Ini berikutan Kyairool Nizam memberitahu mahkamah dia tidak memakai jam ketika pergi ke premis itu dan tidak pasti jam berapa dia turun ke tingkat bawah premis berkenaan.

Sementara itu menjawab soalan Fakhrul Azman berhubung laporan polis yang dibuat tidak menyatakan alamat kedua-dua premis tetapi hanya menjelaskan alamat tingkat bawah iaitu 4-1A, beliau menjelaskan apa yang diperkatakan dalam laporannya kurang tepat.

“Laporan polis yang saya buat tidak lengkap berikutan tidak nyatakan bukti terperinci tentang kejadian tetapi saya tahu mereka memang berkhalwat berdasarkan panggilan telefon yang diterima ketuanya,” katanya

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi di hadapan Hakim Syarie Salehudin Yatim.
 
Secara teknikal mungkin boleh lepas kot...
...:D:D
 
ada cctv tak kat tempat ni?

aku tak heran jugak kalau mereka berdua kena aniaya
 
abby sendiri cakap die tau camne perangai norman hakim,so.dah terang lagi bersuluh..
 
pape pn da sh bercerai..pe lagi..sudah bole nikah lain
 
pape pn da sh bercerai..pe lagi..sudah bole nikah lain

ntah....mengaku sudah lah....lagi pun dah sah2 derang mmg kapel skrg nie.....nikah je lah...tunggu apa lagi...

benang klu dah basah,da x ley tegak dah.....
 
ntah....mengaku sudah lah....lagi pun dah sah2 derang mmg kapel skrg nie.....nikah je lah...tunggu apa lagi...

benang klu dah basah,da x ley tegak dah.....

Kalau ngaku kene saman laa... Terbang gak 1 2k..
 
Back
Top
Log in Register