BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan adik beradik tiri

tp bab mahram adalah mahram
maksudnye diorg xboleh kawin n aurat adalah mcm adik beradik
sebabnya ibu bapa diorg ade hubungan kelamin

betulkan kalo salah.. aku ingat fact masa aku blaja dulu
 
bukan begitu wlpn kita kaum melayu ada istilah yg kita sendiri tak pasti. jadi kalau boleh setiap rumah perlu ada sekurang2nya kamus dewan utk dirujuk jika perlu.

wah ni mcm nak promote kamus dewan lah pulak. hehehehe
 
dah tau lama dah..mak den cikgu BM :D

katakan A brkahwin dgn B dapat C
kemudian bercerai
A berkahwin dgn D dapat E
so C dgn E masih belum boleh
dikategorikan sbg adik beradik tiri lagi
org putih ckp half brother/sister
mereka cuma half brother/sister..

adik beradik tiri brlaku bila
laki A kahwin pompuan B dpt C
laki D kahwin pompuan E dpt F
kemudian brcerai
pastu A kahwin E
so C & F adalah adik beradik tiri
sebab depa tiada prtalian darah
A kahwin E dapat G
so G bukanlah adik beradik tiri
bagi C & F
adik beradik tiri cuma antara C & F
manakala G pula adalah adik beradik
seibu atau adik beradik sebapa

tp org melayu kita salah guna prkataan tiri tu..
sama la jgk dlm kes samak..
ramai org melayu guna samak pdhal yg sebetulnya sertu..
 
Last edited:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=adik-beradik&d=10

Soalan

Saya ingin tahu apa maksud 'ADIK BERADIK TIRI' ? Hubungan yang macamana terjadinya adik beradik tiri. Apakan istilah untuk 'adik beradik sebapa atau seibu'. Adakah istilah adik beradik tiri boleh digunakan?
Terima Kasih.

Jawapan

Adik-beradik kandung ialah beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), oleh itu adik-beradik tiri ialah anak ibu (berlainan bapa) atau bapa tiri.

Adik-beradik sebapa ialah sama bapa tetapi berlainan ibu, dan adik-beradik sibu ialah sama ibu tetapi berlainan bapa.
 
TT cuba menjelaskan dan berkongsi dengan kita semua maksud Tiri yang sebenar.

Misal kata ibu anda berkahwin lagi selepas kematian bapa. Hasil dari perkahwinan baru itu, mereka dikurniakan cahaya mata. Justeru, pada pemikiran anda akan menganggap bahawa anda bakal menerima kehadiran seorang adik tiri.

Namun, tanggapan seperti itu harus diperbetulkan kerana anak yang baru lahir itu bukan adik tiri anda kerana anda dan bayi yang baru lahir itu keluar dari rahim ibu yang sama.

Maksudnya di sini, ada pertalian darah.

Maksud tiri yang sebenarnya adalah, adik beradik yang tiada pertalian darah, bukan lahir dari rahim ibu yang sama.

Hehehe! Sekadar mencerahkan lagi. :)

rahim ibu kandung,pastilah adik beradik kandung kita juga.lainlah jika ibu kandung kahwin dgn ayah tiri,ayah tiri itu sudah sedia ada anak,,,maka anak ayah tiri itu adalah adik beradik tiri...
eh Dakjaat xda thanks button lak nk tekan :eek:
 
Owh.ambe phm dh TT.aku pun tak terpikir.thanks TT.
 
hehe .. sama-sama.. :P aku pun kena tegur mak aku dulu maa... sesukahati je label adik ku adik tiri. hahahhaa!
 
Back
Top
Log in Register