BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buka Kedai Runcit

addlynna

Freshie
Messages
4
Joined
Apr 28, 2015
Messages
4
Reaction score
0
Points
3
Salam / Hai Warga CG


Mohon share tips untuk buka kedai runcit.

Saya ada kedai kecil, bina di tanah sendiri. Sebelum ini saya sewakan pada warga asing, dia berniaga jual barang2 runcit tanpa lesen.

sekarang kedai tu sudah tutup. Saya ingin cuba berniaga runcit.

saya tiada pengalaman dan tiada lesen & tidak tahu nak mula macam mana.


Mohon share pandangan/pengalaman dr anda.:D
 
Mula-mula sekali siapkan RP atau kertas kerja.. Atau bolehkan siapkan pelan gerak kerja dlu kalo mmg xtaw nak mula ape dlu.. Otai2 kedai runcit mohon bole bantu..
 
xde ke otai2 niaga disini
sonyap jo
 
kedai runcit margin untung rendah tt...tu yg ada jual rokok seludup tu...semoga berjaya tt.
 
jual sayurdgn ikan utk tarik pelanggan
 
tgk kawasan..kalo area kg x perlu lesen perniagaan pn xpe..lebih2 lg kalo kedai yg bersambung dgn kediaman..tapi sebaiknya ada..
kedai runcit margin kecik sbb keperluan harian pengguna dan byk brg dgn akta kawalan harga
sebaiknya buat servis delivery ke rumah dan mempelbagaikan produk jualan..x tertumpu pada brg dapur tp termasuk brg keperluan rumah,elektrik,telco topup dll2. biar sikit tp ada..
jd pelanggan blh dpt semua keperluan dlm satu premis
yang penting elakkan bagi hutang kat pelanggan..dan lg bagus cuba cari lubang utk dpt kontrak supply dr restoren, sekolah dll dlm kawasan sekitar.
 
Ada sorang otai kedai runcit tapi dah arwah sebab terjun jambatan kedua p.pinang...klau arwah ada lagi,insyaallah ..dia boleh bantu
 
saya dalam proses dengan member untuk buka freshmart awal bulan january nti..sekarang tengah setup kedai..boleh la kot tumpang thread ni untuk timbah ilmu daripada warga cg yang berpengalaman dalam bisnes ni..pasal saya dari zero..
 
Banyak kedai runcit atau mart tutup selepas perlaksanaan GST.

Ada satu kedai dekat bandar Kajang pun tutup. Deretan rumah kedai belakang hospital Kajang.

Pemilik orang melayu.

Dia selalu luahkan perasaan, katanya pembekal bangsa yang satu tu pilih bulu. Tak mahu bekal kepada dia walaupun dengan harga lebih mahal.

Jadi dia sendiri kena pergi ke hypermarket beli barang seperti air kotak dan air tin.

Pembekal roti pun sama. Dia kena beli roti sendiri untuk jual tanpa keuntungan kerana ramai masuk cari roti.

Akhirnya dia terpaksa tutup tetapi 7-11 sederet yang barang jauh lebih mahal masih buka.

Saya tengok banyak kedai runcit Aceh berjaya kerana ada jual barang lain seperti rokok seludup dan juga mainan. Selalunya ibu bapa yang bawak anak2 terjerat. Mainan lebih kurang sama yang jual di Eco Shop dengan harga RM2 boleh jual dengan harga sehingga belasan ringgit.
 
Back
Top
Log in Register