BTC USD 84,590.5 Gold USD 4,311.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bujang Senang

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
360
Points
131
Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun.

Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941. Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.

Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak.

Mitos


Bujang Senang dikatakan adalah binatang jelmaan, kononya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun.

Media popular


Kumpulan Wings ada menyanyikan sebuah lagu berdasarkan buaya Bujang Senang bertajuk `Bujang Senang`.

Rujukan

1. Saltwater Crocodiles (Crocodylus porosus), Perbadanan Perhutanan Sarawak
2. Buaya dan Benak di Batang Lupar; Keunikan Bahagian Sri Aman, Buletin Rakan Sarawak, Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak.
3. Jong’s Crocodile Farm, Pesona Batik.com
 
Bujang Senang dari spesis Saltwater Crocodile lebih kepada spesis Buaya Muara (golongan buaya air masin terbesar). Kebanyakkannya nelayan2 dari kampung saya tidak setuju bahawa Bujang Senang dah mati. Ramai yg menganggap masih hidup.

Pada pendapat saya.. diorg berkata sedemikian kerana terpengaruh dengan cerita & media juga. Media mengatakan Bujang Senang adalah buaya terbesar di Malaysia pada ketika itu, sedangkan mereka telah menjumpai buaya2 muara yg lebih besar dari Bujang Senang di muzium sarawak tu.

Ada pendapat juga mengatakan buaya yg dibunuh itu diberi nama Dayang Mas (dayang emas?) kalau x silap. Tetapi media & jabatan perhutanan(ntah?:D) menamakan sebgai Bujang Senang.

X hairanlah buaya2 di batang lupar besar2.. kalau ada peta sarawak sila cari sungai Batang Lupar. Tengok lah sebesar mana muara sungai Lupar tu. Kalau nampak perkataan Sebuyau kat tepi sungai tu.. tulah kampung(daerah) saya dulu:D
 
baru de ntau pasal bujang sonang ni.dulu tau org cito mulut ko mulut jo
 
Baru tadi aku ke Jong's Crocodile Farm.... Ada buaya digelar Pak Indon...

Panjang nak cecah 17-18 kaki jugak......

Bujang senang ni cerita dia banyak sangat dah..... Pelbagai versi....
 
ada yg cakap besar bas lak bujang senang nih......

banyak versi la katakan........
 
ada yg cakap besar bas lak bujang senang nih......

banyak versi la katakan........

hihihihihi...bujang senang yg aku dengar sekarang susah nak menang main bola...gaji player pun FAS tak bayar...aduhai.....balik sungai batang lupar la gamaknya....hihihihihi
 
Bah2..... habis thread tok.......
 
ktk org sebuyo kah ..? kenal sik ngan pak wan ..? nya ada inn / motel di sebuyau ya... nya contractor.
 
ada yg cakap besar bas lak bujang senang nih......

banyak versi la katakan........

besar bas ada, besar tongkang pun ada.. kalau kanak2 komfom percaya:D

tp buaya2 yg lebih besar dari bujang senang (melebihi 20 kaki) memang byk... pakcik aku(tinggal di kampun Teriso, area batang lupar jugak)pun pernah sekali x jadi turun ke laut tgk buaya besar giler. Walaupun dia dah biasa tgk buaya2 muara yg besar ni tp time tu memang dia terkejut.

Aku x penah tgk buaya besar.. anak buaya penahlah. Time tu ekot sepupu aku memancing di kampung teriso tu. Anak buaya pun, terketar2 jugak kami pasal anak buaya tu saiznya dah boleh gigit orang:eek:
 
Back
Top
Log in Register