alphaOne
Super Active Member

- Messages
- 7,715
- Joined
- Apr 19, 2012
- Messages
- 7,715
- Reaction score
- 2,063
- Points
- 246
Berstatus bujang atau belum berkahwin serta mempunyai pendapatan adalah keadaan biasa bagi golongan berusia 20-35 tahun. Pada peringkat usia itu, mereka sudah pun tamat persekolahan atau pengajian di kolej dan biasanya mula bekerja untuk mengumpul kekayaan sedikit demi sedikit.
Mereka turut berhadapan risiko berlakunya kematian atau kecacatan yang sekali gus menghalang mereka daripada terus bekerja untuk mencari rezeki. Risiko lain seperti kemusnahan rumah akibat terbakar, kehilangan harta akibat dicuri dan kerosakan kenderaan akibat kemalangan atau bencana alam juga boleh berlaku pada bila-bila masa. Jadi mahu tidak mahu, seseorang yang berstatus bujang harus bijak menguruskan risiko itu dengan memiliki pelbagai perlindungan mengikut keperluan mereka.
Ada pelbagai jenis perlindungan termasuklah insurans hayat, insurans kesihatan, insurans penyakit kritikal dan insurans kemalangan. Selain itu, terdapat juga perlindungan atas harta yang dimiliki. Berikut ialah senarai perlindungan yang diperlukan oleh seseorang yang masih bujang, mengikut keutamaan.
1. Insurans Hayat Seseorang memerlukan insurans hayat apabila dia mempunyai pendapatan dan tanggungan. Ini sesuai dengan konsep insurans hayat yang dapat menggantikan pendapatan yang hilang akibat kematian individu berkenaan. Dalam kata lain, insurans hayat dapat membantu mereka yang sebelum ini di bawah tanggungan kita, untuk meneruskan kehidupan selepas kita meninggal dunia. Bagi yang masih bujang dan tiada tanggungan, maka insurans hayat bukanlah perlindungan utama.
2. Insurans Kesihatan Perlindungan ini diperlukan bagi membantu menjelaskan bil rawatan atau kos rawatan di hospital. Paling kurang, perlindungan itu haruslah dapat menanggung caj bilik atau wad, apabila seseorang terpaksa dimasukkan ke hospital. Bagi petugas sesebuah syarikat, mereka biasanya dilindungi oleh insurans yang diperoleh sebagai manfaat bekerja di syarikat berkenaan. Justeru, mereka tidak perlu lagi mendapatkan insurans kesihatan lain. Namun sekiranya mereka langsung tidak dilindungi atau manfaatnya belum mencukupi, insurans kesihatan menjadi keperluan utama.
3. Insurans Penyakit Kritikal Perlindungan ini berfungsi untuk memberikan manfaat berupa wang yang dapat digunakan sebagai ganti sumber pendapatan keluarga apabila pemegang insurans tidak dapat bekerja setelah didiagnos menghidap penyakit kritikal dan tidak dapat diubati. Contoh penyakit kritikal ialah strok, sakit jantung, sakit buah pinggang dan kanser tahap 4. Selain faktor keturunan (genetik), risiko penyakit kritikal meningkat disebabkan gaya hidup tidak sihat. Maka, adalah disarankan agar golongan bujang memeriksa latar belakang kesihatan keluarga mereka dan menilai gaya hidup masing-masing bagi memastikan sama ada mereka memerlukan insurans penyakit kritikal, atau tidak.
4. Insurans Kemalangan Perlindungan ini memberi manfaat jaminan sejumlah wang sekiranya berlaku kecacatan akibat kemalangan ke atas pemegang insurans sekali gus menyebabkan dia kehilangan upaya untuk bekerja. Insurans kemalangan amat disyorkan kepada golongan bujang yang mempunyai pekerjaan yang terdedah pada bahaya dan kemalangan yang boleh mengakibatkan kecacatan. Selain risiko pekerjaan, kegiatan harian yang berisiko kemalangan seperti sering memandu dan berjalan jauh juga adalah faktor yang wajar dipertimbangkan sebelum mendapatkan insurans kemalangan.
5. Insurans Harta Perlindungan ini diperlukan oleh golongan bujang yang memiliki hartanah dan ingin melindunginya serta segala aset di dalamnya daripada risiko kebakaran, petir, letupan, pesawat terhempas dan sebagainya. Adalah dinasihatkan supaya mereka mendapatkan insurans atas nilai fizikal seluruh aset dalam hartanah yang dimiliki. Seperkara yang perlu diingat, pilihlah insurans yang langsung tidak membabitkan sebarang pelaburan kerana premiumnya akan lebih efektif dan lebih murah. Jadi bujang-bujang sekalian, selamat memilih perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda!
Nukilan : Purwanti Wulandari, QM Planner www.qmfinancial.com
Sumber : Yahoo MY News 4/12/12 1.00am

Last edited: