BTC USD 81,346.5 Gold USD 4,030.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buffon Beri Bayangan Bersara

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836

Buffon beri bayangan bersara​


02 AUG 2023

2289096.jpg

Buffon


GIANLUIGI Buffon dijangka menamatkan kontraknya bersama Parma seterusnya mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 45 tahun.

Penjaga gol terhebat dalam sejarah sukan popular itu, mulanya berharap meneruskan sehingga kontraknya berakhir pada Jun 2024.

Namun kecederaan sepanjang musim lalu diikuti kegagalan kelab Serie B itu ke saingan Serie A ternyata mengecewakan Buffon.

Terdapat juga laporan bahawa kelab Liga Pro Saudi berusaha mendapatkan khidmatnya bagi memeriahkan liga tersebut.

Bagaimanapun menurut pakar perpindahan pemain Gianluca Di Marzio mendakwa Buffon telah membuat keputusan berkenaan masa depannya

Perkembangan terkini itu bakal menyaksikan Buffon bersedia untuk menamatkan kontrak Parma dengan persetujuan bersama dan mengumumkan persaraannya

Buffon memulakan kerjayanya di akademi remaja Parma dan menjadi ejen bebas pada 2021, setelah turut mewakili Juventus dua kali dan Paris Saint-Germain (PSG) pada musim 2018-19.

Penjaga gol itu mengumpul 657 penampilan Serie A, 124 dalam Liga Juara-Juara dan rekod 176 penampilan senior untuk Itali.


 

Sampai di sini semua!..​


03 AUG 2023

2290466.jpg

Buffon


PENJAGA gol Itali, Gianluigi Buffon, 45, akhirnya bersara daripada bola sepak selepas 28 tahun berbakti kepada industri berkenaan dengan pelbagai pencapaian luar biasa untuk kelab dan negara.

Buffon sepanjang karier bola sepaknya pernah menjulang Piala Dunia pada 2006, memenangi 10 kejuaraan Serie A Itali bersama Juventus dan gelaran Ligue 1 Perancis bersama Paris Saint-Germain (PSG).

“Sampai di sini semua! Anda memberikan saya segala-galanya. Saya memberikan anda segala-galanya. Kami melakukannya bersama-sama untuk sukan bola sepak,” kata Buffon dalam satu kenyataan.

Dianggap secara meluas sebagai antara seorang penjaga gol terhebat sepanjang zaman, dia menamatkan kariernya di mana dia bermula, di Parma yang berada di Serie B Itali setelah bergelut dengan kecederaan pada musim terakhirnya.

Buffon menyertai Juventus dari Parma pada 2001 dan menghabiskan sebahagian besar kariernya bersama kelab itu kecuali semusim di PSG pada 2018-19 sebelum kembali ke Turin dan kemudian ke Parma pada Jun 2021.

Buffon memulakan kerjayanya dalam sistem remaja Parma pada 1991 pada usia 13 tahun beraksi di bahagian tengah sebelum menyesuaikan diri dengan peranan penjaga gol kerana ketinggian dan sifat fizikalnya.

Dia membuat penampilan sulung Serie A untuk Parma ketika keputusan seri tanpa jaringan menentang AC Milan pada November 1995 pada usia 17 tahun.

Buffon bermain rekod 657 kali dalam senarai teratas Itali dan merupakan Pemain Terbaik Kelab Bola Sepak Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) pada tahun 2003.

Dia adalah penjaga gol paling kerap sepanjang zaman, telah bermain 176 kali untuk Itali sebelum bersara daripada bola sepak antarabangsa pada 2018 selepas Itali gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Sementara itu, bintang Perancis, Kylian Mbappe yang beraksi bersama Buffon di Paris turut memberi penghormatan kepada bekas penjaga gol PSG tersebut.

“Adalah satu penghormatan besar bagi saya apabila berpeluang bergaul dengan anda dan menyeberangi laluan dengan kerjaya legenda anda

“(Engkau adalah) lelaki emas dengan nasihat yang tidak ternilai yang akan saya bawa sepanjang hidup saya,” tulis Mbappe di platform sosialnya.

Dalam pada itu, Serie A dalam satu catatan berkata, “Masa telah memanggil anda untuk berehat selepas tampil kerjaya luar biasa, seorang lelaki yang luar biasa dan salah seorang pemain paling terkenal di dunia.”

Sementara itu, pertahanan Juventus Leonardo Bonucci berkata, “Anda adalah unik dan anda akan sentiasa begitu.

“Saya tidak dapat mencari perkataan untuk menggambarkan apa yang anda telah lalui, apa yang anda ajar saya, apa yang anda berikan kepada saya. Terima kasih, kawan saya.”


 
FB_IMG_1703645998320.jpg


Gianluigi Buffon at the age of 39 in 2017:

▶ Best goalkeeper in Italy
▶ Best goalkeeper in Europe
▶ Best goalkeeper in the world
▶ Best player in Italy
▶ Third best player in Europe
▶ Fourth best player in the world

He experienced 3 different generations, and in each generation he proved to the world that he was different. One of the all-time goalkeeping GOATs. 🇮🇹🐐
 
Back
Top
Log in Register