BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak Terkunci Di Dalam Kereta

-sentiasa ada spare kunci.gua mmg ada spare kunci kalau kes cam nie. :-)
 
bleh bawa maut time kete on tp xbergerak ke??..

kalau drive 3 jam ,on air cond xpe??..xtahu nie ..

2010/08/24

MIRI: Seorang wanita berumur 37 tahun dan seorang budak lelaki dipercayai anaknya, ditemui mati dalam kereta yang enjinnya masih hidup dekat Jalan Piasau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaludin Ibrahim, berkata wanita itu dikenal pasti sebagai Sallyroni Lahung Wan yang ditemui sudah tidak bernyawa di tempat duduk pemandu manakala budak lelaki itu di tempat duduk penumpang sebelahnya.

Nama kanak-kanak itu masih belum dikenal pasti.

Katanya, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam pada kira-kira 10 pagi dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Semasa polis tiba di tempat kejadian, didapati semua pintu kereta itu berkunci dari dalam dan polis terpaksa memecahkan satu daripada pintu itu untuk menjalankan siasatan.

"Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat untuk menentukan punca kematian," katanya kepada pemberita di sini. - BERNAMA

Kalau x pasang aircond bleh mati kepanasan @ keracunan karbon

Klau pasang aircond pun bleh mati keracunan karbon....
 
aku tau kes ni. kalu kete BMW e46 coupe, itu dah sah dah dah aku kenal benar si suaminye tu. bini dia cina masuk islam. nama aishah

skrg couple tu dah becerai. si suami kantol tengah bawak awek naik moto, bini elok aje parking sebelah masa kat traffic light.

itu le kisahnyaa... budak kecik tu pun dah besar, nama firdaus....

pengajaran....kalau dah ada bini, jangan bawa awek naik motor.
 
tu la nak tinggalkan takde aircond kang tak bernafas..
nak tinggalkan tingkap buka kang diculik..
atau tinggalkan dgn tingkap terbuka = kereta kena curi..
nak bawa kang macam2 nak dibelinya..
 
teringat aku 1 cerita kat s.alam dulu ada sorang budak terkunci dlm kereta mewah n waktu tu tgh hari,ramai org tolong nak try bukak tp x dapat budak tu dah berpeluh dan menangis,
org ramai siap curah air kat kereta tu biar sejuk,ada yg bagi pendapat suruh pecahkan cermin tepi kereta tp parent budak tu x bagi n bapak budak tu nak balik rumah dia kat klang utk amik kunci spare
org ramai marah sb parent dia pentingkan kereta berbanding anak dia yg terperangkap tu
last ada sorang pecahkan cermin dgn batu

sengal tul bapak budak tu

p/s:member aku cerita sb dia ada kat tempat tu

kat tempat belajar den pun lagu ni gak,kereta volvo...owner tu pecah terus x cakap banyak tingkap kereta eh...:)paid
 
sminggu lepas..aku g maybank kat permaisuri kl..kbetulan dah keluar.aku tgk sorg akak ni dok ketok2 tgkap kete dia..aku pn jengah la..upenye ade anak dia..umo dlm darjah 2 kot..katenye dia kua kejap je utk keluarkan duit..balik2 tgk anak dia dah tido..dgar kete enjin tpasang.aircond bukak.tgkap tutup..

last skali pggil tukang kunci.bru dpt bukak.budak tu ttido..tp kiteorg dah buat mcm2.xbgn gak dak tu.isk isk

mesti anak dia terlalu penat blk dr sekolah tu kot..........

kena aircond dlm keta...syok la tdo...uhuhuhu
 
teringat aku 1 cerita kat s.alam dulu ada sorang budak terkunci dlm kereta mewah n waktu tu tgh hari,ramai org tolong nak try bukak tp x dapat budak tu dah berpeluh dan menangis,
org ramai siap curah air kat kereta tu biar sejuk,ada yg bagi pendapat suruh pecahkan cermin tepi kereta tp parent budak tu x bagi n bapak budak tu nak balik rumah dia kat klang utk amik kunci spare
org ramai marah sb parent dia pentingkan kereta berbanding anak dia yg terperangkap tu
last ada sorang pecahkan cermin dgn batu

sengal tul bapak budak tu

p/s:member aku cerita sb dia ada kat tempat tu

si ibu tu yg bwk keta ngan anak masa tu...

bapak dia keja tempat lain. pompuan tu takut laki dia marah kalau pecahkan cermin keta....suami lak sanggup balik pi ambik spare key drpd suruh sesapa pecahkan cermin keta tuh...ngok sungguh
 
aku ader exp, terkunci anak aku kat dalam keter...anak aku masa tu 1 year, enjin keter start...aircon tak "ON"...jam 11.00 pagi..keter aku auto lock ( bahaya betul)...panggil locksmith...lambat datang..dah cuba memacam tak leh bukak...tengok anak aku dah menangis lain macam, orang umah jangan cakap la..hari dah mula panas terik...the solution kena korban kan cermin keter,aku amik batu besar tepi jalan...hayun sekali berderai cermin belakng...moral of the story...jangan pakai auto lock, jangan takut terbang duit repair cermin...nyawa anak lebih penting..blank sekejap masa tur.
 
Back
Top
Log in Register