BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak tanpa hidung

johnny2729

Active Member
Messages
1,009
Joined
Jul 7, 2014
Messages
1,009
Reaction score
0
Points
25
imageResize.ashx


Tessa Evans memang bukan kanak-kanak biasa. Dilahirkan dengan satu kondisi yang dinamakan arhinia, Tessa tidak mempunyai hidung.

Bukan itu sahaja, Tessa juga hanya mampu melihat menggunakan mata sebelah kanan sahaja.

Keadaan Tessa itu dikenalpasti ketika dia berusia 20 minggu dalam kandungan. Namun ujian imbasan 3D selepas itu menunjukkan Tessa membesar dengan baik dan sihat.

Hanya 47 kes arhinia dilaporkan di seluruh dunia.

Tessa yang berusia 18 bulan dilaporkan bakal menerima hidung baru tidak lama lagi. Hidung baru itu perlu ditukar secara berjadual, mengikut tumbesaran Tessa.

Ibu bapa Tessa, Nathan dan Grainne Evans mengakui Tessa begitu sempurna di mata mereka, namun mereka tetap perlu memikirkan cara agar Tessa dapat menjalani kehidupan yang normal.

Biarpun tidak sempurna kanak-kanak lain, Tessa, menurut ibunya, merupakan seorang budak yang penuh semangat dan periang.

Ia sama sekali berbeza dengan pendapat seorang pakar bedah yang menyatakan bahawa bayi yang lahir dengan keadaan seperti Tessa akan mengalami perkembangan mental dan fizikal yang lemah. Malah pakar bedah itu turut mencadangkan ibu-ibu yang hamil anak dengan kondisi seperti Tessa supaya membuang kandungan mereka.

“Setiap anak perlu diberikan peluang dan berhak disayangi,” kata ibunya.
 
Back
Top
Log in Register