balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Taiping : Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dihempap pokok yang tumbang menimpa rumahnya ketika hujan lebat dan angin kuat di Perumahan awam Taman Tasik Kamunting, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Lingishwaran Satish, dikatakan sedang tidur berseorangan di dalam satu daripada bilik di rumah berkenaan.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abdul Satter, berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pada 3.15 petang dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
"Operasi membabitkan dua jentera dan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dan Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan sehingga jam 7 malam, kerja mengalihkan pokok masih dijalankan.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian tadi.
Ketika kejadian lima lagi penghuni yang berada di dalam rumah ketika kejadian iaitu ibu mangsa, Punitha Muniandi, 24; adik perempuannya, Priti, 2; neneknya, Thanalecthumy Santhan, 60, dan moyangnya yang dikenali sebagai Kamachye, 90, bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Budakmautdihempappokok/Article?mutakhir