BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak koma jatuh pangsapuri

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
hos28_1574928840.jpg

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak lelaki koma selepas terjatuh balkoni tingkat dua di rumahnya di Kuarters Bomba Pangsapuri Setia Wira, Taman Perai Utama, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 11 tahun dikatakan memanjat balkoni kerana mahu masuk melalui pintu dapur sebelum tergelincir dan terjatuh dan tersembam di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika kejadian mangsa tinggal seorang diri dalam rumah terbabit dan dia dikatakan keluar rumah tanpa membawa kunci.

“Ibunya yang berusia 33 tahun dan bekerja sebagai juruwang keluar rumah jam 9.30 pagi ke tempat kerja manakala bapa tirinya yang berusia 46 tahun berada di surau berhampiran kerana menghadiri program ceramah.

“Hasil siasatan lanjut, ahli keluarganya memberitahu mangsa kemungkinan terlupa membawa kunci ketika keluar rumah dan memanjat balkoni di tingkat dua kerana mahu masuk melalui pintu dapur,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dan dia kini masih belum sedarkan diri.

“Selain ibu kandung serta bapa tirinya, kita turut mengambil keterangan daripada jiran untuk siasatan lanjut,” katanya.

“Difahamkan, mangsa adalah anak tunggal dan ibunya bercerai sejak 10 tahun lalu sebelum berkahwin dengan bapa tiri yang juga seorang pegawai bomba.


 
patut cari la ayah tiri dia minta kunci, jgn main panjat cmtu je..
 
pada aku benda nie salah mak pak.. benda mesti 7 8x pernah buat atau tengok orang buat.. jadi benda jadi rutin dan tauladan nak ikut.. patut kita kena amik konsep kera masuk dapur.. mana lubang kita kambuih.. bila dah gitu masalah selesai..
 
dulu kat asrama, kwn aku pernah buat......sebilik 4 orang.....masing2 malas bawak kunci bilik...cuma sorang je rajin bawak kunci....waktu pergi kelas,,sama2...

waktu nk balik asrama balik, si yang pegang kunci tu ada hal kat lain....so tak boleh lah masuk bilik.....

bilik kitorang tingkat 5.....
kawan aku selamba panjat tepi tu, masuk kut tingkap..;...fuh...seram kalau tgk....
 
Back
Top
Log in Register