BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak 6 tahun pesakit termuda

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Dr Saifur (tengah) melihat menu sihat yang yang dimasak oleh peserta pertandingan memasak menu pesakit yang menjalani hemodialisis.​

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun dari Dungun direkodkan sebagai pesakit buah pinggang paling muda di Terengganu yang kini terpaksa menjalani rawatan hemodialisis.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Saifur Rahman Muhammad berkata, selain itu, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun turut mengalami masalah sama dan kini menjalani hemodialisis di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Penyakit buah pinggang kedua-dua kanak-kanak ini adalah disebabkan keradangan buah pinggang," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Kampus Perubatan Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (Unisza), kelmarin.

Hadir sama ialah Pakar Perunding Nefrologi dan Pensyarah Fakulti Perubatan Unisza, Profesor Dr Zawawi Yusof.

Menurut Dr Saifur Rahman, dianggarkan 140 hingga 150 kes baru pesakit mengalami kegagalan buah pinggang yang perlu menerima rawatan dialisis direkodkan setiap tahun di negeri inidan jumlah itu agak tinggi serta membimbangkan.

Sehingga kini, lebih 1,000 pesakit buah pinggang di Terengganu perlu menjalani hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu dan juga rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di rumah.

Bagaimanapun, dengan kapasiti 201 mesin dialisis yang terdapat di hospital kerajaan dan pusat hemodialisis swasta, jumlah pesakit yang boleh dirawat begitu terhad.

Sehubungan itu, Dr Saifur Rahman meminta masyarakat peka dan prihatin dengan kesihatan masing-masing supaya bebas daripada penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang.

Beliau berkata, selain menjaga pemakanan, setiap individu khususnya mereka yang mempunyai penyakit diabetes perlu sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Ia penting kerana lebih kurang 60 peratus pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang di negara ini terdiri daripada penghidap kencing manis.

Penyakit buah pinggang katanya mampu dirawat sekiranya dikesan lebih awal namun pada peringkat kronik, hanya rawatan hemodialisis yang boleh membantu pesakit.

"Hemodialisis dilakukan sepanjang hayat dan cara terakhir adalah dengan pemindahan buah pinggang.

"Tapi ia begitu terhad kerana perlu menunggu penderma, buktinya sejak 2001 hanya 21 pesakit di negeri ini yang mendapat buah pinggang baru," katanya.

Kata Dr Saifur, secara puratanya, setiap pesakit perlu menunggu antara 15 hingga 17 tahun untuk mendapat buah pinggang baharu daripada penderma.
 
Back
Top
Log in Register