BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak 6 tahun digari

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


MIAMI - Polis di Georgia, selatan Amerika Syarikat, kelmarin mempertahankan tindakan* mereka menggari seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun selepas dia didakwa mengamuk di sekolahnya dengan alasan* kononnya untuk langkah keselamatan.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, polis di bandar Milledgeville bergegas ke Creekside Elementary School selepas menerima laporan seorang murid telah mencederakan guru besar dan merosakkan harta benda sekolah serta rakannya.

Ketua polis sementara, Dray Swicord berkata, mereka terpaksa menggari Salecia Johnson kerana dia berada dalam keadaan tidak terkawal dan mungkin akan membahayakan murid lain.

“Dia dibawa ke balai polis dengan tangan masih bergari selepas polis ibu bapanya gagal dihubungi. Dia tidak ditahan di lokap sebaliknya ditempatkan di bilik taklimat sementara menunggu kedatangan ibu saudaranya,” menurutnya.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen tempatan 13WMAZ, ibu saudaranya menyelar tindakan polis yang menggari kanak-kanak itu seperti seorang penjenayah.

“Anginnya mungkin tidak baik pada masa tersebut. Gara-gara insiden itu, pihak sekolah telah menggantung persekolahannya sehingga Ogos depan,” menurut ibunya pula.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/budak-6-tahun-digari-1.41154
 
Last edited:
budak baru 6 tahun, akal pomn belum matang lagi..ada la yang tak kena tu, pujuk la baik2..ni tak g gari terus..
 
lamanye kene gantung sekolah.. smpai bulan ogos.. kalo kat mesia slalu 2 minggu jer :D
 
jika seorang budak berusia 6 tahun boleh mencederakan guru besar apatah lagi polis kan? :D
 
baru 6 tahun... nanti dah besar, leh jadi mafia..... leh jadi kak yong.. hahahahaha
 
Back
Top
Log in Register