BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak 4 kaki, tangan

waveVista

Fun Poster
Messages
731
Joined
Oct 27, 2007
Messages
731
Reaction score
4
Points
15
BIHAR: Seorang kanak-kanak perempuan yang lahir dengan empat kaki dan empat tangan akan menjalani pembedahan 40 jam untuk membuang empat daripada kakinya itu.

Lakshmi Tatma yang lahir bersama kembar dikelaskan sebagai parasit akan dibedah 30 pakar bedah bagi membuang dua kaki dan dua tangannya yang tidak berfungsi.

Kembarnya yang tidak berkepala itu bersambung dengan Lakshmi di bahagian pinggul.

Ia turut memiliki tulang belakang dan juga buah pinggang.


Doktor menyatakan, jika Lakshmi tidak dibedah, beliau tidak akan berjalan mahupun merangkak dan berkemungkinan besar tidak akan hidup melepasi usia remaja.

Lakshmi lahir di kawasan miskin di Bihar, India.

Ibunya, Poonam Devi bagaimanapun menganggap anaknya itu sebagai satu keajaiban.

“Lakhsmi adalah satu keajaiban. Namun, beliau adalah anak saya dan kami memutuskan beliau tidak boleh terus hidup dalam keadaan ini,” katanya.

Dr Sharan Patil yang akan mengetuai pembedahan di Hospital Narayana di Bangalore menyatakan, Lakshmi bernasib baik kerana beliau memiliki organ dalaman yang hampir lengkap.

“Sistem kerangkanya adalah cantuman dua tubuh yang bersambung di bahagian pinggang.

“Meskipun pembedahan ini menjanjikan beberapa cabaran kepada kami, ia bukanlah sesuatu yang boleh dikelaskan dalam pembedahan paling rumit.

“Namun, agak pelik kerana pencatuman dua tubuh itu amat sekata, seolah-olah ia adalah bayangan antara satu sama lain,” katanya.

Sebelum Dr Sharan bersetuju merawat Lakshmi, ibu bapanya, Poonam dan Shambu Das yang hanya bekerja sebagai buruh binaan dan memperoleh pendapatan RM3.50 sehari pada mulanya ditolak pelbagai hospital.

Pembedahan yang akan dilakukan dijangka menelan belanja RM690,000.

Keadaan Laskhmi turut disiar dalam siri Bodyshocks stesen televisyen Britain, Channel 4. - Agensi
 

Attachments

  • 17.8 KB Views: 134
Subhanallah...Kuasa Allah...
 
Mak aihhkkk.. sampai RM690,000.00 kos pembedahan tuuu.. ciannya kat mak bapak budak nih..#:-S #:-S
 
budak ni indian kan?

rasernyer, kaum2 kat saner takkan benarkan kot pembedahan tuh...

yer lah.. kan ker ruper budak tuh macam tuhan diorang..
 
budak ni indian kan?

rasernyer, kaum2 kat saner takkan benarkan kot pembedahan tuh...

yer lah.. kan ker ruper budak tuh macam tuhan diorang..

betul la.maybe masa ngandung dok asyik ngadap tuhan dia yg belalai tu, pasal tu anak dlm kandungan tuhan anugerahkan mcm tu.rasanya ramai org pi sembah kot.kata tuhan mereka telah hidup
 
Back
Top
Log in Register