BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bubur Asyuro

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
bubur asyura masakan pertama selepas banjir besar

ANTARA ADAT DAN SYARIAT

Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

222242583107c6067bbfmx8.jpg


"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani bersyair dengan katanya


في يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدس

وحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقول

Maksudnya : Pada Hari Ayuraa' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung) Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal).

Dan Kacang Himmash (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang diambil dari kata-kata ulamak).

Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka dilihat bahawa sejarah BUBUR ASYURAA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu.

Oleh itu, Adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh as kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?

Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa.

Andai ia arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan Ash Syar'uu Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.

Maka BUBUR ASYURAA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Ash Syar'uu Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH.

Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi Ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURAA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh as. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan di sebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.

Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURAA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia disisi Allah swt insyaallah.

"Masak dengan niat menjamu dan sedekah + Menghayati peristiwa dan Kisah Nabi Nuh as".


Pada aku, bubur makanan unik tapi sedap. semua terdiri dari unsur tumbuhan dan bijiran. santan, jagung, kacang dan tepung.

Pertalian antara muslim dan muslim yang lain umpama bubur, makin ramai makin indah Islam itu :)
 
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semalam masa kami berjalan jalan sekeluarga..Tiba Tiba anak sulong saya kata..

"JOM KITA BUAT BUBUR ASYURO.."

Ajakan anak saya buat saya tersenyum...tiba tiba teringat CG :D

:)cgrock


Saya just tanya anak anak saya...

Bubur Asyuro ada kaitan Syiah tak?

Cepat cepat depa jawab.." Eh..mana ada! "


Ok... :D

BIDA'AH?

anak jawab.."kita makan makan jaa.. bukan ada kait Ibadah "


Saya pun sebenarnya gembira jugak..lama dah tak merasa Bubur Asyura...

sekadar maklumat semua..saya Kopi Dan Paasta kan..satu artikel..Daripada Blog Dr. Abu Anas Madani (Dr Abdul Basit Abdul Rahman )





10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi orang Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini ialah membuat bubur Asyura. Bubur Asyura ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan sempena 10 Muharram.


Ada yang mengatakan, campuran ramuan hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, ia tidak dinamakan bubur Asyura. :))



Entah dari mana sumbernya saya tidak tahu. Yang pasti, sudah 10 tahun saya tidak merasai keenakan makan bubur Asyura di kampung.


Mengimbau zaman kanak-kanak di hari Asyura, masih teringat apabila bubur Asyura hampir masak, saya bersama adik-adik dan rakan-rakan, masing-masing dengan memegang tempurung kelapa menyerbu kawah yang berisi bubur yang masih panas. Satu nostalgia yang tidak dilupakan, makan bubur Asyura berpiringkan tempurung dan bersudukan daun kelapa.




Waktu itu, tidak pernah terlintas di fikiran saya sempena apakah dibuat jamuan bubur Asyura. Adakah ia satu amalan keagamaan atau sekadar adat bangsa? Sehingga apabila masuk ke sekolah menengah dan mendapati jamuan bubur Asyura dijadikan upacara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Sekolah.



Dengan sedikit kajian ringkas tentang asal-usul bubur Asyura dalam masyarakat Melayu, mungkin boleh dikatakan kewujudan jamuan bubur Asyura dalam masyarakat Melayu bertitik tolak dari dua sandaran.


Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.
Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :

“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Penilaian:
– Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.
– Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram?
– Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?



Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga
Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.


Hadis yang dimaksudkan ialah:
“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.

Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan.

Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.
Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya.




Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.
Wallahu A’lam.



Madinah Munawwarah,
9 Muharram 1431H
26 Disember 2009M




Alhamdullillah...Munkin dalam masa kita menikmati keenakan bubur Asura..(kami cadang nak buat utk berbuka puasa 9 Muharram nanti)..
Nota drp Dr Abu Anas ni elok kita sembang sembangkan juga.. sebagai tambahan Ilmu :D
 
Munkin ada yg sangka Bubur Asyuro ni..Hanya ada dikalangan Umat Islam nusantara.. (Thai, Malaysia , Singapore, Indone semua ada cerita bubur Asyuro)


Alhamdullillah,,tak ada dibuat org Shiah..
(Depa ni suka ketuk kepala bagi berdarah pada hari Asyuro nanti...Malang sunggung agama sesat Syiah ini.. :(( )


Tapi...anak saya yg belajar di Al Azhar cerita ..Org Mesir buat bubur Asyuro!


Saya try search...Alhamdullillah..ada resepi bubur Asyuro org mesir!

Saya Kopi & Pasta...kot kot ada sesiapa nak cuba masak bubur Asyuro cara org Mesir pulak... :D

(Insyaallah..saya nak cuba! ,,,Nanti saya Update sedap ke tidak.. :D )

- kalau tak sedap..sal resepi..bukan salah saya tak pandai masak ya.. :D


Ashura (Egyptian Wheat Pudding) طريقة العاشورة بالصور


وصفة اليوم طبق حلو مصري لذيذ ومغذي وهو عاشورة وتم تسميته بهذا الاسم نسبة إلى يوم عاشوراء وهو اليوم العاشر من شهر محرم الهجري والذي يتم فيه الاحتفال بنجاة سيدنا موسى من فرعون، وهو عبارة عن بودينج بالقمح أو مهلبية قمح مقشور أو ما يطلق عليه في بعض أنحاء مصر "بليلة".

نصيحة الوصفة:
1- يجب خلط النشاء جيداً مع نسبة سائل سواء حليب أو ماء قبل إضافتها إلى المكونات على النار.
2- بمجرد إضافة النشاء للحليب يجب التقليب المستمر حتى لا يتكتل.
3- حسب المذاق المفضل لكم يمكن استخدام الحليب المكثف بدلاً من الحليب البودرة والاستغناء عن السكر.

الوصفة تكفــي: حتى 10 أشخاص
وقت التحضير: ساعة تقريباً (وقت طهي القمح)
وقت الطهــــي: 20 دقيقة







المقادير:
1 كوب قمح مقشور
4 كوب ماء
1 1/2 لتر حليب سائل
1 كوب لبن بودرة أو كريمة أو قشدة أو حليب مركز
1/2 إلى 1 كوب سكر (حسب الذوق ولا يستخدم مع الحليب المركز)
5 ملعقة طعام نشاء

للتزيين: (حسب الرغبة)
جوز هند مبشور
زبيب
مكسرات حسب الرغبة

الطريقة:
1- نقوم بتجهيز القمح بغسله وتصفيته ثم نضعه مع الماء في إناء على نار عالية حتى تغلي ثم نهدئ النار ونترك القمح ينضج حوالي 30 إلى 40 دقيقة.




2- بعد أن نضج القمح نقوم بإضافة الحليب والسكر واللبن البودرة ونقلب ونتركه يغلي حوالي 15 دقيقة.
3- نقلب مقدار النشاء مع القليل من الحليب أو الماء حتى يذوب تماماً ثم نبدأ بإضافته إلى القمح مع التقليب المستمر ونتركه يغلي على نار هادئة مع التقليب لمدة عشر دقائق حتى ينضج طعم النشاء بالعاشورة ثم نطفئ النار ونبدأ في توزيعه في الأطباق.



4- نترك العاشورة بالأطباق إلى أن تبرد ثم ندخلها الثلاجة وعند التقديم يمكن إضافة المكسرات (القلوبات) أو جوز الهند والزبيب، بالهناء والشفاء.




SELAMAT MENCUBA
 
Jangan Risau,,,ada englishnya..:D



We have today a delicious and nutritious dessert from middle east especially from Egypt, it's called "Ashura" which is named after an Arabic day (10th of Muharram month in Hijri calender), and it means "the tenth", it's a wheat pudding or "Muhallabia" using peeled wheat and milk.

Recipe Tips:

1- You should mix the corn starch with a liquid very well write before adding to the milk.

2- Once you add the corn starch you should stir or else the mixture would be lumpy.

3- You can substitute powdered milk and sugar for condensed milk.

Serves: up to 10 people
Prep. Time: 1 hour approx. (to cook wheat)
Cooking time: 20 minutes approx.



Ingredients:
1 cup peeled wheat
4 cups water
1 1/2 liter of milk
1 cup powdered milk or cream or heavy cream or condensed milk
1/2 to 1 cup sugar (to your taste, don't use if used condensed milk)
5 tbsp corn starch

For garnish:
Shredded coconut
raisins
Preferred nuts

Directions:

1- Rinse and strain the wheat and then place it with the water in a pan on high heat till boiled then lower the heat and cover to cook for about 30 to 40 minutes.

2- Once the wheat is cooked add the milk, sugar, and powdered milk and stir well and let boil for about 15 minutes.

3- Mix the corn starch with some milk and add it to the pan while stirring and simmer for about 10 minutes to cook the starchy flavor (still stirring) and when done place it in small serving plates or bowls.

4- Let "Ashoura" cool and then place it in the fridge and when serving garnish with shredded coconut and raisins or you can use nuts, and... Bon Appétit :)




IMG_2357.jpg
 
Teringat watak asura komik wira tunggal

Gotong royong masak bubur ni memang best pastu bungkus2 bg kat orang ramai
 
Teringat watak asura komik wira tunggal

Gotong royong masak bubur ni memang best pastu bungkus2 bg kat orang ramai

:))

Tuan teringat

sang-asura.jpg



Patut pun..avatar (shinigami ) Tuan lagi menakutkan :p


Sebelum ni..saya pun tak pernah terfikir nak kaji kaji Bubur Asyura ni kat dunia dunia Islam lain..selain tempat kita..

Yg kat TURKI pun menarik..

kejap,..saya Kopi& Pasta..
 
Kat Turki,,depa panggil Kueh nabi nuh terus.. :p

Munkin dikalangan anak anak/sedara mara kita..boleh kita perbetulkan..

Tapi..Org Turki nampaknya..memang begitu anggapan mereka..




mscfvmyl.jpg




This delicious dessert of grains, pulses and dried fruit, referred as Asure or Ashura – Noah’s Dessert-, is most probably one of Turkey’s most famous dessert. According to the legend, Noah made it on the Ark by combining whatever ingredients were left on the ark. It is also the traditional dessert to serve on the 10th day of the Muslim month Muharrem, the first month of the Islamic calendar. Asure is always made in large quantities and shared with friends and neighbors.

Though the ingredients list is pretty rich, I believe whatever grains, pulses and dried fruit you have in your pantry will do. And if you are short of time, why not using good quality pre-cooked chickpeas and beans in cans; I am all up for it if it helps making this wonderful dessert. Adding the pomegranate seeds over the top give a festive touch and make the dessert refreshing too.

Serves 10 – 12

50gr/2oz haricot (navy) beans, soaked overnight (or at least for 6 hours) and drained
50gr/2oz skinned broad (fava) beans soaked overnight (or at least for 6 hours) and drained
50gr/2oz chickpeas (garbanzo beans) soaked overnight (or at least for 6 hours) and drained
115gr/4oz pot barley, with husks removed, and soaked overnight in plenty of water
50gr/2oz rice, washed and drained
115gr/4oz dried apricots
50gr/2oz raisins
50gr/2oz currants
225gr/8oz sugar
30ml/2 tablespoon corn flour (cornstarch) or rice flour
150ml /1/4 pint rose water

To garnish:

2 teaspoons/10 ml cinnamon
4-5 dried figs, sliced
4-5 dried apricots, sliced
15 ml/1 tablespoon sultanas
30 ml/2 tablespoon crushed walnuts
Seeds of 1/2 pomegranate


Cook the beans in separate pans of fresh water until just tender. The haricot beans will require about 50 minutes; the broad beans and chickpeas about 1 hour.


Transfer the barley and its soaking water to a large, deep pan and bring to boil. Reduce the heat and simmer for about 45 minutes, or until the barley is tender, topping up with the water during the cooking time if necessary.

Add the cooked beans, chickpeas and the rice, and bring the liquid to boil again. Reduce the heat and simmer for about 15 minutes.

Meanwhile, place all the dried fruit in a bowl and cover with boiling water. Leave to soak for 10 minutes, then drain. Add the fruit to the pan with the beans and stir in the sugar. Continue to simmer, stirring from time to time, until the mixture thickens.

Mix the corn flour or rice flour with a little water to form a creamy paste. Add 30ml/2tbsp of the hot liquid from the pan to the paste and add it to the pan, stirring constantly. Add the rose water and continue to simmer the mixture for another 15 minutes, stirring from to time, until the mixture is very thick.

Transfer the mixture to a large mixing bowl. Shake the bowl to make sure the surface is flat and leave the pudding to cool. Sprinkle the cinnamon over the pudding and arrange the sliced dried figs, apricots, sultanas and walnuts over the top. Sprinkle pomegranate seeds over generously. Serve chilled or at room temperature.

Afiyet Olsun,

Ozlem



About Ozlem Warren
Merhaba, this is Ozlem. I am a native of Turkey, and passionate about my homeland and the healthy, delicious, Turkish Cuisine. I hope you enjoy my recipes here and I look forward to hearing from you – Afiyet Olsun!



P/S : Huh..nak kena p cari Buah Delima...taboq kat atas..nampak cantik dan sedap... :)cgrock
 
yg last tuh mcm muesli jer...

byk ingredients dr grains, nuts and beans...

nampak sedap jer...

:p :p :p...
 
Seeloknya, sebagai kita yang berpegang kepada pegangan ahli Sunnah Wal-Jama'ah, kita disunatkan berpuasa pada 10 Muharram yang bakal tiba nanti, lebih manfaat beroleh pahala.

Menyediakan bubur 'Asyura tidak memberi makna yang sewajarnya kepada mereka yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal-Jama'ah.
Perkataan 'Asyura itu bermaksud 'sepuluh', mungkin kerana bubur tersebut disediakan sempena 10 Muharram.
 
Back
Top
Log in Register