BTC USD 84,327.5 Gold USD 4,284.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buah Tunjuk Langit

Buah ni berlambak kat sini.

Untuk darah tinggi, kencing manis, dan macam2 lagi
Tak ambik tahu sangat yang lain sebab 2 yang dinyatakan tadi , selalu sangat pesakitnya carik buah ni.
Dulu ada sebiji. Nak habiskan satu biji kuaci dalam tu pun tak mampu rasanya.
Sebab pahit sangat.
Rasa sampai ke lelangit.
Tapi biasa la, ubat memang pahit kan
hehe

nak ker haloo saya kt kg saya ada buah ni mmg baik utk sakit yg broo citer kt atas tu aku dh makan yallah mmg pahit sepahit nyer kalu nak halo ehh rega mampu milik...saya nego emm..
 
berapa banyak ko nak.....depan umah aku ada 5 pokok.....1 pokok ada dlm 500 biji....
 
Sweatania Sky Fruit atau Buah Tunjuk Langit merupakan sejenis tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae . Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.

Buah Tunjuk Langit ini mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

Buah Tunjuk Langit telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut. Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Mahogany mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.

sekadar info..:D

info klik sini
 
Kawan aku pompuan...aku bgitau dia aku makan buah tunjuk langit....:D Dia senyum....dia panggil aku dekat dia...pelan-pelan dia cakap...kat kampong dia...org panggil buah tu...buah kepala bu...toh:eek:
 
Back
Top
Log in Register