BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bryan raih Lencana Biru UM 2011

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
KUALA LUMPUR - Kejayaan merangkul dua pingat emas acara terjun Sukan SEA XXVI Indonesia, bulan lalu, membolehkan Bryan Nickson Lomas muncul antara lima pemenang Anugerah Lencana Biru Universiti pada Malam Anugerah Sukan dan Rekreasi Universiti Malaya (UM) 2011 di sini, semalam.

Emas 10 meter platform dan 3m papan anjal seirama lelaki itu membawa atlet kelahiran Kuching, Sarawak ini, menyertai empat lagi atlet UM yang terpilih memenanginya iaitu Clement David Leong (renang), Muhamad Hazwan Rahman (bola sepak), Ili Syazana Jamal Azmi (boling) dan Daphne Ng (badminton).

Bryan, 21, dan empat atlet penuntut berkenaan menerima anugerah tertinggi sukan UM itu yang berupa wang tunai RM500, plak, sijil dan blazer daripada Naib Canselor, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon pada majlis penyampaiannya di Hotel Sunway Putra di sini.

Clement dan Daphne juga menambah satu lagi anugerah apabila diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati (Penuntut) UM pada majlis berkenaan dengan masing-masing menerima wang tunai RM300, plak, blazer dan sijil.

Apit kiri skuad elit sepak takraw negara yang meraih gangsa Sukan SEA, Muhammad Faizul Hairy Osman, 22, pula dipilih sebagai Olahragawan (Staf) UM di samping pemain karom wanita, Zaridah Md. Nadzir selaku Olahragawati (Staf) universiti.

Pasukan karom UM turut diumumkan sebagai Pasukan Gemilang (Staf) sementara pasukan ragbi muncul Pasukan Gemilang (Penuntut) manakala Anugerah Jurulatih dan Pengurus Terbaik masing-masing dimenangi Ahmad Radzi Abu (boling) dan Hamid Mohamed (karom).

Sementara itu, Pengarah Pusat Sukan UM, Prof. Madya Dr. Mohd. Salleh Aman dalam ucapan alu-aluannya, berkata, universiti ini merancang untuk memperkenalkan program khas untuk membantu atlet negara yang menuntut di situ.

"Kami akan menambah bilangan atlet negara ke sini dengan mengikuti Program Pengambilan Khas bagi melahirkan mereka yang cemerlang dalam sukan dan akademik seperti Nor Saiful Zaini Nasiruddin, Mirnawan Nawawi (hoki) serta P. Jayanthi (olahraga) selain Bryan yang berpengalaman bertanding pada Olimpik.

"Malah Universiti Malaya bakal memperkenalkan suatu biasiswa sukan buat atlet negara yang belajar di sini selain menjadikan Pusat Sukannya sebagai model pembangunan sukan untuk semua universiti tempatan dan masyarakat Malaysia.

"Justeru ia akan mampu menjalin kerjasama dengan agensi utama Kementerian Belia dan Sukan seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) dalam usaha untuk menyaksikan seorang atlet penuntut UM bergelar pemenang pingat Sukan Olimpik.

"Universiti ini turut berharap ekoran kerjasama pintar itu, Pusat Sukannya bakal ditransformasikan sebagai Pusat Penyelidikan dan Latihan Sukan yang bukan sahaja bagi memenuhi keperluan di negara ini bahkan sehingga ke rantau Asia Tenggara," katanya.
 
Back
Top
Log in Register